2015 Tahun Terbaik Untuk BMW Group
2015 adalah tahun yang paling berjaya bagi BMW Group dengan jualan tahunan menetapkan rekod baru untuk tahun kelima berturut-turut. 2,247,485 BMW, MINI dan Rolls-Royce telah dihantar kepada pelanggan di seluruh dunia pada tahun lepas, peningkatan sebanyak 6.1% berbanding tahun sebelumnya.

Disember 2015 menyaksikan 213,537 BMW, MINI dan Rolls-Royce dijual (-0.8%). BMW juga mencapai rekod jualan tahunan kelima berturut-turut, dengan penghantaran 1,905,234 kenderaan kepada pelanggan pada tahun 2015, peningkatan sebanyak 5.2% berbanding tahun sebelumnya.

Jualan jenama ini bagi Disember rapat dengan keputusan yang cemerlang pada tahun sebelumnya dengan sejumlah 176,681 BMW dihantar kepada pelanggan (-0.7%).

Jualan BMW Group setakat Disember 2015
| Disember 2015 |
Berbanding tahun lepas
|
Setakat/Termasuk Disember 2015 | Berbanding tahun lepas | |
| BMW Group Automobiles | 213,537 | -0.8% | 2,247,485 | +6.1% |
| BMW | 176,681 | -0.7% | 1,905,234 | +5.2% |
| MINI | 36,375 | -1.1% | 338,466 | +12.0% |
| Rolls-Royce | 481 | -1.8% | 3,785 | -6.8% |
| BMW Motorrad | 7,497 | +6.6% | 136,963 | +10.9% |







No Comment