Berita Auto

iCAUR 03 Gegarkan Malaysia: SUV Off-Road EV Pertama Negara

Pengalaman iEXPERIENCE beri peluang uji kehebatan teknologi dan ketahanan elektrik luar jangkaan

Bertempat di parkir lama 1 Utama, satu peristiwa luar biasa sedang berlaku—dan bukan kerana konsert, bukan juga sebab jualan gudang. Tetapi kerana sebuah SUV elektrik bernama iCAUR 03 yang sedang memecah stereotaip dan mencabar norma industri automotif Malaysia.

Selepas debut globalnya di Shanghai dan kemunculan tempatan di Malaysia Autoshow 2025, iCAUR Malaysia kini membuka peluang kepada umum untuk mencuba sendiri kemampuan off-road SUV elektrik sepenuhnya pertama negara ini. Inilah model sulung jenama iCAUR, hasil kerjasama antara pakar automotif Chery dan syarikat teknologi pintar SmartMi Tech.

Sedia Redah Apa Jua Laluan

iCAUR 03 bukan EV biasa. Ia dibina atas sistem pacuan semua medan iROAD, lengkap dengan 12 mod pemanduan, suspensi multilink belakang jenis H-arm yang dioptimumkan untuk off-road, serta modul pemacu 6-dalam-1 yang padat dan responsif.

Dua varian ditawarkan:

VarianKuasaTorkBateriJarak (NEDC)0–100km/j
2WD135kW (184PS)220Nm65.7kWh (LFP)426kmBelum diumum
iWD (AWD)205kW (279PS)385Nm69.8kWh418kmBelum diumum

Dengan sistem iWD (Intelligent Wheel Drive), varian AWD mampu agih tork secara pintar ke roda yang ada cengkaman—terbukti dalam cabaran ‘iBreaker’ semasa sesi test drive.

Kekuatan Luar & Dalam

SUV ini memukau dengan rekaan i-BOX yang agresif dan futuristik, tetapi yang lebih menarik ialah ketahanan strukturnya. Casis dan badan monocoque aluminium sepenuhnya menjana kekakuan torsi luar biasa sebanyak 31,812 Nm/deg—lebih tinggi daripada sesetengah kereta sport moden. Bukan sekadar kukuh, ia juga 30% lebih ringan.

Sistem keselamatan iCARE pula memperkenal perlindungan bateri bertaraf IPX8 dengan empat lapisan, termasuk pelindung aluminium 10mm, penebat haba seramik Mica yang tahan suhu melebihi 1000°C, serta dua lagi lapisan tambahan.

Teknologi Yang Mendekatkan Dunia

Masuk ke dalam kabin, pemandu disambut dengan sistem iBRAND yang intuitif. Paparan tengah 15.6″, kluster instrumen 9.2″, sistem audio 12-pembesar suara INFINITY dan kamera casis lutsinar 540° memberi kawalan menyeluruh. Keselamatan dipertingkat melalui sistem ADAS Tahap 2.5, termasuk Emergency Lane Assist dan Traffic Jam Assist.

iEXPERIENCE: Trek Ujian yang Mengejutkan

Empat halangan direka khas:

  • iSee-Saw: Ujian keseimbangan atas dua tayar.
  • iSlide: Pendakian curam 55% dan cerunan terkawal, dibantu sudut serangan 28° dan sudut pelepasan 32°.
  • iSplash: Laluan air 400mm dalam untuk uji keupayaan redah air.
  • iBreaker: Tiga tayar di atas roller, satu sahaja di atas tanah—ujian mutlak sistem iWD.

Acara iCAUR iEXPERIENCE ini berlangsung dari 20 hingga 22 Jun 2025 di 1 Utama. Tempahan awal boleh dibuat dengan bayaran RM1,000 yang boleh dipulangkan. Pelancaran rasmi dijangka pada suku ketiga 2025, dengan anggaran harga antara RM145,000 hingga RM155,000.

Frankly Speaking

Terus-Terang, iCAUR 03 muncul sebagai nafas baharu dalam pasaran EV Malaysia yang mula tepu dengan model jalanan semata-mata. Kekuatan struktur, sistem pacuan pintar dan pendekatan serius terhadap perlindungan bateri menjadikannya antara EV paling berani pernah kita lihat setakat ini. Namun cabaran sebenar ialah membuktikan bahawa SUV elektrik bukan sekadar gimik. Ia perlu tahan lasak untuk jangka panjang dan mampu bersaing bukan sahaja dari segi teknologi, tetapi juga selepas jualan. Jika iCAUR boleh realisasikan itu semua, kita mungkin sedang menyaksikan kelahiran legenda EV sebenar dari Timur.

Klik untuk baca lebih lanjut tentang SUV elektrik off-road dan teknologi casis monocoque. Untuk tinjauan kami sebelum ini mengenai debut model ini di Malaysia Autoshow, klik di sini.

Previous post

Ujian Ekstrem Chery Berlangsung di Indonesia

Next post

POWERMAN Malaysia 2025 Kembali Gegar Putrajaya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *