Promosi / Tawaran / Peraduan

Waranti Tambahan & Ganjaran Sehingga RM200 Dari Continental

Sempena musim perayaan serta sambutan ulang tahunnya yang ke-60 Continental Tyre Malaysia menjemput pemandu kenderaan menyertai sambutan dengan Total Confidence Plan (TCP, Program Waranti Tambahan) dan ganjaran e-dompet untuk mereka yang bercadang untuk membeli tayar baharu daripada Continental.

Total Confidence Plan Continental adalah satu pakej waranti tambahan dan servis menyeluruh . TCP terdiri daripada perlindungan bahaya jalan raya untuk 12 bulan pertama, penggantian tayar 1 kepada 1, dan aplikasi mudah alih yang senang digunakan sebagai saluran penyelesaian dan tuntutan sehenti. Bagi menambahkan lagi keyakinan pemandu, terdapat lebih daripada 100 pengedar mengambil bahagian dalam program ini di seluruh negara.

Andrea-Somorova_MD-of-Continental-Tyre-Malaysia-2.0

Pengarah Urusan Continental Tayar Malaysia, Andrea Somorova berkata, “Kami berbesar hati kerana dapat melancarkan versi Total Confidence Plan yang telah dinaiktaraf yang menawarkan perlindungan waranti tambahan untuk pemandu, dan ia tiba pada masa yang tepat iaitu menjelang sambutan Hari Raya ketika para pemandu sedang sibuk membuat persiapan balik kampung untuk beraya bersama-sama keluarga. Program TCP Continental adalah berkekalan, dan kami berharap para pengguna dan pemandu kami akan mengambil peluang ini untuk mendaftar bagi mendapatkan perlindungan tambahan dan ketenangan minda.”

Sebagai sebuah penyelesaian digital yang mudah untuk para pemandu yang sentiasa sibuk, Total Confidence Plan ini boleh diakses di mana pemandu boleh mendaftar dan memfailkan tuntutan pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja. Pertama sekali, pemandu perlu memuat turun aplikasi Conti TCP yang boleh didapati di Apple App Store atau Google Play Store dan mereka hanya perlu mendaftar butiran peribadi dan memuat naik invois rasmi. Semasa pendaftaran tayar dalam aplikasi Conti TCP, pemandu dikehendaki mengimbas kod bar pada dinding tepi bahagian bawah tayar sebelum pemasangan. Selepas mereka menerima waranti semasa dan tempoh tawaran, ia bermakna pendaftaran itu telah lengkap, dan pemandu boleh menikmati 12 bulan pertama Total Confidence Plan dengan Continental.

Dari 3 April hingga 30 Jun, beli minimum dua (2) tayar jenama Continental di mana-mana pengedar yang mengambil bahagian di seluruh negara atau di kedai Shopee rasmi Continental untuk menebus baucar e-dompet Touch&Go melalui aplikasi Conti TCP.

[Jenama & Saiz Rim | Beli 2 | Beli 4]

[Continental 14” & 15” | e-Dompet Touch ‘n Go RM20 | e-Dompet Touch ‘n Go RM50]

[Continental 16” & 17” | e-Dompet Touch ‘n Go RM50 | e-Dompet Touch ‘n Go RM100]

[Continental 18” & ke atas | e-Dompet Touch ‘n Go RM100 | e-Dompet Touch ‘n Go RM200]

Promosi ini terpakai untuk semua tayar bersaiz 14” dan ke atas untuk kereta penumpang, SUV, MPV dan 4×4 sahaja.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Hari Raya, sila layari https://www.continental-tires.com/my/en/b2c/promotion/extra-confidence-on-your-journey-balik-kampung.html.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai TCP, sila layari https://www.continental-tires.com/my/en/b2c/tyres-warranty/total-confidence-plan/Overview.html.

Previous post

Chery Dijemput Berbincang Rancangan Pelaburan Semasa PM Si China

Next post

Semua Model Mercedes-Benz GLS Generasi Ke-3 Dapat Facelift

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *