Bisnes

Sime Darby Motors dan BYD di Malaysia Cipta Rekod Baharu

Penghantaran 1,000 Unit BYD Atto 3 dalam 100 Hari. Meraikan Pencapaian Besar dalam Pasaran Kenderaan Elektrik Malaysia.

Sime Darby Motors baru-baru ini mencipta sejarah dengan penghantaran 1,000 unit SUV BYD Atto 3 dalam tempoh 100 hari sahaja. Momen bersejarah ini diraikan bersama 1,000 pemilik BYD pertama di Malaysia di tempat letak kereta Stadium Nasional Bukit Jalil. Ini disusuli penghantaran 100 unit dalam 10 hari pertama pelancaran.

BYD turut meraih perhatian dengan mengadakan acara istimewa yang dihadiri pelanggan dari seluruh Malaysia. Acara tersebut diisi dengan aktiviti eksklusif dan menarik untuk pemilik jenama tersebut. Live Band dan persembahan penuh tenaga menghiburkan para pemilik kereta baharu, sementara beberapa pelanggan bertuah membawa pulang hadiah menarik dalam cabutan bertuah.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Runcit dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Hong Kong, dan Macau, berkata, “Perayaan ini menandakan satu mercu tanda dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia, mencipta satu preseden yang mencerminkan populariti dan penerimaan EV yang semakin meningkat di negara ini”.

“Kami gembira dapat mengekalkan momentum penghantaran BYD ATTO 3 kami kepada pelanggan dan hari ini merupakan perayaan untuk semua pemilik kereta baru. Kami berharap dapat terus mendorong permintaan EV di seluruh segmen pasaran kami,” tambahnya.

Selain daripada mencapai kejayaan ini, BYD baru-baru ini juga membuka bilik pameran terbaharu mereka di Gurney Plaza, Pulau Pinang. Bilik pameran berteknologi tinggi ini menawarkan ruang selesa dan menarik seluas 1,500 kaki persegi untuk pelanggan berinteraksi dengan kakitangan profesional dan berpengetahuan BYD.

Di bilik pameran baru ini, pelanggan BYD juga dapat mempelajari lebih lanjut mengenai teknologi canggih yang ditawarkan oleh jenama ini dan mengambil kesempatan untuk mencuba memandu BYD Atto 3 semasa lawatan mereka ke bilik pameran. Jenama ini jelas memberi keutamaan kepada kemudahan untuk pelanggan.

Untuk membuktikan hal ini, terdapat pusat perkhidmatan selepas jualan BYD di Sungai Pinang yang hanya 6 km jauh. Pusat perkhidmatan ini, seluas 20,000 kaki persegi, menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan, pembaikan wear and tear, serta perkhidmatan badan dan cat, yang mencipta kemudahan yang padu dan mudah untuk memenuhi keperluan selepas jualan pelanggan BYD.

BYD Atto 3 boleh melakukan perjalanan sejauh 480km dengan sekali cas dan terdapat dalam dua varian, berharga dari RM149,800 untuk model Julat Standard dan RM167,800 untuk model Julat Lanjutan. Ia juga menawarkan pilihan lima warna menarik, iaitu Surf Blue, Parkour Red, Boulder Grey, Forest Green, dan Ski White.

Bilik pameran BYD terkini terletak di Gurney Plaza, Pulau Pinang. Secara ringkasnya, BYD Atto 3 dilengkapi dengan ciri-ciri berteknologi tinggi dan menawarkan julat perjalanan yang sangat baik. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kereta ini, anda boleh melawat bilik pameran BYD di Sime Darby Motors City di Ara Damansara atau di Gurney Plaza, Pulau Pinang, atau hubungi 1300-38-1888 untuk maklumat lanjut, layari http://byd.simedarbymotors.my/ atau ikuti www.facebook.com/BYDCarsMalaysia atau www.instagram.com/bydcarsmalaysia/.

Previous post

Pusat Badan & Cat Sime Darby Motors Dilancarkan di Pulau Pinang

Next post

Rekod Pelaburan EV Hyundai: RM72.3 Bilion Menjelang 2030

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *