Aksesori / Produk / Alatan / Minyak

Peugeot 2008 SE Mengimbau Rasa Penyegaran Pada Rekaan Luarnya

Penampilan segar dan gaya eksklusif hadir dengan Peugeot 2008 SE di Malaysia.

Sejak pelancarannya lebih daripada satu tahun yang lalu oleh Bermaz Auto Alliance, Peugeot 2008 menjadi model pertama dalam segmen kenderaan compact crossover yang mempunyai ciri-ciri rekaan yang elegan dan prestasi yang tinggi. Namun, segmen ini menjadi semakin ramai pesaing dalam pasaran kenderaan di Malaysia. Sejak pelancaran Peugeot 2008, sejumlah pesaing baru telah memperkenalkan model baharu ke segmen tersebut.

Sebagai respons terhadap cabaran ini, jenama Perancis tersebut telah mengeluarkan Edisi Khas (Special Edition) Peugeot 2008 yang dihasilkan khas untuk pasaran Malaysia dengan penambahan pada rekaan luarannya bagi mengekalkan kesegarannya. Peugeot 2008 SE adalah satu pakej penampilan yang dijual pada harga RM2,900.

Pakej ini termasuklah dekal grafik pada bonet depan dan sisi kenderaan, selain skim bahagian tepi, trim bumper depan dan belakang yang berwarna hitam matte dan rim aloi Piano Black 17″.

Peugeot 2008 SE black rims

Walaupun Peugeot 2008 boleh didapati dalam Amazonite Grey, Pearl White, Nera Black dan Orange Fusion, Edisi Khas hanya tersedia dalam warna Orange Fusion dan Pearl White sahaja.

Peugeot 2008 SE turut dilengkapi dengan Jaminan Aksesori Asli selama satu tahun yang bermula pada masa pembelian. Penghantaran kenderaan dijangka akan berlaku menjelang penghujung April 2023 dan tempahan boleh dibuat di semua pusat Peugeot di seluruh negara.

Peugeot 2008 dihasilkan di kilang Stellantis di Gurun dan dikuasakan oleh enjin turbo 1.2L 3-silinder yang disatukan dengan transmisi automatik 6-kelajuan yang memacu kuasa ke roda hadapan. Ia mempunyai ruang bagasi sebesar 405L, lampu LED penuh, 6 beg udara, brek autonomi, bantuan pengekalan lorong, serta Apple CarPlay dan Android Auto yang berkabel. Peugeot 2008 juga dilengkapi dengan sistem inovatif i-Cockpit.

PEUGEOT 2008 SE Package Summary

LokasiBaranganJumlah
LuaranBlack Front Bumper GarnishRM 2,900.00*
Black Rear Bumper Garnish
Black Side Bumper Garnish (Kiri & Kanan)
Piano Black Rims
Dekal Kenderaan
Lencana SE

*Termasuk pemasangan. Pakej PEUGEOT 2008 SE datang dengan Jaminan Aksesori Asli selama 1 Tahun atau 20,000 km, yang mana dahulu.

Previous post

Melangkah ke Hadapan dalam Dunia Kewangan

Next post

Go Auto-Higer Ace E1, Van Elektrik Komersial Dilancarkan Di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *