Bisnes

Rangkaian Stamping Dan Model Baharu PROTON

Upacara dua dalam satu PROTON: Pelancaran Rangkaian Stamping Baharu dan pengenalan model baharu di saksikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

PROTON telah melancarkan penambahan terbaharu kepada kilangnya di Tanjung Malim semasa lawatan rasmi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Mesin baharu ini mampu menghasilkan 50 komponen unik menggunakan kuasa sehingga 2,500 tan. Rangkaian stamping baharu bernilai RM140 juta adalah yang terbesar di Malaysia dan berpotensi mengurangkan pengimportan komponen tahunan syarikat sebanyak 115,000 unit.

proton-stamping-2.0
proton-stamping-4.0-Large

Susulan pelancaran kilang stamping itu, Menteri Besar kemudiannya mempengerusikan upacara line-off untuk penambahan terbaru kepada rangkaian model Proton.

proton-stamping-1.0

SUV baharu itu, dipasang di Tanjung Malim bersama Proton X50 dan Proton X70, dijangka memulakan jelajah lawatan suai kenal pelanggan di seluruh negara sebelum dilancarkan secara rasmi dalam beberapa bulan akan datang.

Kerja-kerja pembinaan rangkaian stamping baharu PROTON bermula pada awal bulan April 2021 dengan pemasangan jentera bermula pada bulan Julai 2022 dan siap sepenuhnya menjelang bulan Disember. Terdapat lima mesin stamping dengan satu mesin yang mampu menggunakan daya 2,500 tan dan dua mesin setiap satu dengan daya tekanan masing-masing 1,200 tan dan 1,000 tan. Rangkaian stamping baharu ini menggunakan enam robot untuk memindahkan bahagian antara stesen kerja dan menggunakan teknologi IR 4.0 data masa nyata dan proses pembelajaran mesin untuk meningkatkan kualiti bahagian yang dihasilkan.

Barisan baharu itu boleh menghasilkan sehingga 50 komponen unik, meningkatkan kandungan tempatan untuk model SUV PROTON kerana barangan seperti panel badan kini boleh dihasilkan di Tanjung Malim. Ini membawa faedah tambahan untuk mengurangkan pergantungan syarikat pada komponen yang diimport, melindunginya daripada sebarang kemungkinan gangguan kepada perdagangan global, dan menambah baik bekalan alat ganti tempatan.

“Selain daripada berpotensi menambah 115,000 unit kepada jumlah volum pengeluaran syarikat, rangkaian stamping baharu ini juga membolehkan lebih fleksibiliti untuk membuat keputusan terhadap jumlah pengeluaran kami setiap bulan dan meningkatkan kelajuan kami untuk menghasilkan model baharu secara tempatan,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif Pegawai, PROTON.

Penampilan pertama model baharu PROTON dilakukan secara terbuka pada upacara line-off selepas pelancaran rangkaian stamping baharu syarikat. Model baharu itu merupakan SUV ketiga dalam rangkaian Proton.

Model baharu itu juga akan menjadi model pertama yang menawarkan teknologi hibrid, menandakan kemunculan Proton dalam ruang Kenderaan Tenaga Baharu (NEV). Ini adalah satu lagi langkah yang diambil oleh PROTON dalam komitmennya untuk memperkenalkan lebih banyak model NEV kepada rangkaiannya sebagai permulaan terhadap Kenderaan Elektrik (EV) yang pertama dikeluarkan secara tempatan.

Sebelum ini, syarikat telah menandatangani perjanjian untuk mengedarkan EV smart di Malaysia dan Thailand, dan juga telah menghantar 16 jurutera ke China untuk menjalani latihan enam bulan yang memberi tumpuan kepada semua aspek yang melibatkan kenderaan tersebut.

“Upacara line-off hari ini menandakan permulaan aktiviti yang membawa kepada pengenalan rasmi model terbaru PROTON. Selepas permulaan pengeluaran, kami akan mengadakan pratonton media dan sesi suai kenal pelanggan sebelum melancarkan SUV baharu kami, yang juga akan menandakan produk NEV pertama kami. Ini merupakan langkah penting dalam perjalanan NEV kami yang akan secara beransur memberi penekanan pada teknologi hibrid sebelum kami melancarkan Proton EV yang pertama,” tambah Roslan Abdullah.

Previous post

Keajaiban Porsche Taycan Masih Ada Walaupun Banyak Saingan Hebat

Next post

Kia Akan Lancar Trak Pikap Baharu Untuk Pasaran Global

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *