Pandu Uji

Kami Pandu Civic Yang Terbaik Pernah Dikeluarkan Honda

Dari Kuala Lumpur ke Desaru dan balik, melalui jalan persekutuan dan jalan lebuhraya, lancar dan jem, panas dan hujan, pemanduan Honda Civic e:HEV RS selsesa dan menyeronokan.

Pada 15 November 2022, Honda Malaysia secara rasmi melancarkan Civic e:HEV RS, varian tambahan dalam siri Civic yang dikuasakan oleh jentera baharu 2.0L e:HEV – pertama kali untuk Civic dan Honda Malaysia. Menyempurnakan kejayaan Civic Generasi ke-11, Civic e:HEV RS juga menyertai siri model Honda e:HEV yang berkembang yang termasuk City, City Hatchback dan HR-V yang baharu.

Baru-baru ini kami dijemput untuk memandu uji Honda Civic e:HEV RS ini dan ianya tidak mengecewakan. Dari segala sudut Civic flagship ini mengkagumkan. Dari segi rupa kepada ciri kepada prestasi, segalanya memuaskan.

Honda-Civic-RS-eHEV-2320-Large

Dari segi penampilan luaran, Civic e:HEV RS memakai reka bentuk gaya RS yang sporty dengan penambahan Lampu Depan dan Grill Depan dengan Chrome Ring Insert, Pemegang Pintu Setengah Chrome Hitam, serta Tanda H Biru dan emblem e:HEV yang unik yang semuanya eksklusif untuk varian Civic e:HEV RS. Varian ini juga akan mempamerkan Rim Alo Dual Tone 18-inci dan penghias ekzos tunggal, memberikan penampilan sporty yang sepadan dengan prestasinya.

Honda-Civic-RS-eHEV-2214-Large

Di dalam pula, Meter TFT Penuh 10.2-inci diperknalkan buat pertama kalinya. Ciri-ciri baharu lain seperti Pengecas Tanpa Wayar dan Kad Kunci yang kedua-duanya unik untuk Civic e:HEV RS juga diperkenalkan. Turut disediakan, Audio Paparan Lanjutan 9-inci dengan Wireless Apple CarPlay™. Ciri lain yang unik untuk varian e:HEV RS adalah Paparan Aliran Kuasa yang menyokong pemanduan mesra alam dengan memaparkan aliran tenaga dalam kereta. Paparan berubah secara langsung mengikut status pemanduan dan boleh diakses melalui audio paparan untuk visual aliran tenaga yang lebih baik.

Honda-Civic-RS-eHEV-2522-Large

Keselesaan sebagai pemandu dan sebagai penumpang semasa pemanduan, peningkatan pada tahap Noise, Vibration and Harshness (NVH) Civic e:HEV RS di mana Active Noise Control (ANC) berfungsi bersama Active Sound Control (ASC) telah mengurangkan bunyi luaran sambil meningkatkan bunyi enjin bagi memberikan pengalaman pemanduan yang mengujakan.

Jika itu masih tidak memuaskan, ada rakaman bunyi enjin naik gear apabila anda memecut. Sayangnya tiada rakaman bunyi turun gear apabila anda perlahan.

Yang paling menyeronokkan ialah peningkatan teknologi enjin hibridnya kepada 2.0L e:HEV, pertama kali buat Honda Malaysia. Enjin Atkinson Cycle kuasa e:HEV menggabungkan dua motor elektrik yang memberikan prestasi pemanduan Hybrid yang mengujakan dan bertenaga tinggi untuk kegunaan harian. Ia dipadankan dengan Electric Continuously Variable Transmission (e-CVT) dan Intelligent Power Unit (IPU). Prestasi enjin kuasa 2.0L e:HEV yang baharu ini sangat mengagumkan, pengalaman pemanduan yang mengasyikkan dengan output kuasa maksimum 184PS dan tork dengan nilai 315Nm yang tidak tertandingi di dalam segmennya.

Seperti semua model Honda lain, Civic e:HEV RS dilengkapi dengan rangkaian lengkap ciri keselamatan Honda SENSING yang ditingkatkan yang termasuk:

  1. Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  2. Lead Car Departure Notification (LCDN)
  3. Road Departure Mitigation System (RDM)
  4. Adaptive Cruise Control (ACC)
  5. Low Speed Follow (LSF)
  6. Lane Keep Assist System (LKAS)
  7. Lane Departure Warning (LDW)
  8. Forward Collision Warning (FCW)
  9. Auto High Beam (AHB)

Keseluruhannya, kami rasa Honda Civic e:HEV RS ini adalah Civic yang terbaik pernah dibina. Ianya sangat-sangat luas bagi sebuah sedan segmen C dan prestasinya adalah yang terbaik tanpa mengambil kira Honda Civic Type R. Masa pecutan 0-100 km/j hanya 7.9 saat (berbanding dengan 8.5 saat untuk RS petrol) dan penggunaan bahan api sebanyak 4.0 liter setiap 100 km (berbanding dengan 6.3 liter untuk RS petrol).

Walaupun dengan tangki minyak yang lebih kecil, 40 liter, bersama dengan 2 motor elektriknya ia mampu membawa anda sejauh 1000km (pemanduan terkawal) sekali isi.

Civic e:HEV RS ditawarkan dalam warna Ignite Red, Meteoroid Gray, Platinum White Pearl dan Crystal Black Pearl.

Harga jalan untuk Civic e:HEV RS ialah RM166,500.00.

Previous post

Kia Sorento 2023 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga RM209,888

Next post

Permulaan Tahun Kukuh Jualan Proton 52% Pada Februari

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *