Berita Auto

Dari 44,000 Tempahan 13,600 Pembeli Axia Tukar Ke Model Terbaharu

Perodua Axia dilancarkan di seluruh negara dengan penghantaran kepada 2,900 pelanggan pertama.

Perodua telah melancarkan Axia serba baharu mereka, dengan nama kod D74A, hari ini. Sudah 2 minggu sejak buku pesanan dibuka untuk hatchback segmen A ini dan setakat ini, Perodua telah berjaya mengumpul 20,100 tempahan untuk Axia baharu, termasuk menukar 13,600 tempahan sedia ada untuk Axia sebelum ini kepada model baharu. Perodua menjangkakan Axia baharu akan menjadi model terlaris untuk 2023 dengan 82,000 unit anggaran dikeluarkan tahun ini dan sasaran jualan 5,700 unit sebulan.

Terdapat empat varian Perodua Axia baharu semasa pelancaran, semuanya dikuasakan oleh enjin 1.0L 3-silinder aspirasi semula jadi 1KR-VE VVT-i daripada model terakhir, tetapi dipadankan dengan CVT Dwi-Mod baharu. Kecekapan bahan api dianggarkan pada 25.3km/l hingga 27.4km/l dengan sistem ECO Idle dihidupkan.

Ini adalah transmisi yang sama dalam Alza baharu, Myvi facelift dan Ativa baharu. Varian model semasa pelancaran ialah Axia G, Axia X, Axia SE dan Axia AV.

Berharga antara RM38,600 untuk varian peringkat kemasukan G dan RM49,500 untuk varian teratas AV. Axia Serba Baharu menawarkan pelbagai pilihan untuk rakyat Malaysia.

NoModelHarga Rasmi (Malaysia Barat dan tanpa Insuran)
1Perodua Axia Serba Baharu GRM 38,600
2Perodua Axia Serba Baharu XRM 40,000
3Perodua Axia Serba Baharu SERM 44,000
4Perodua Axia Serba Baharu AVRM 49,500

Peralatan Standard Axia G:

  • Electric & Manual Folding Side Mirrors
  • Halogen headlights with Auto OFF
  • 14″ alloy rims
  • Standard Audio with Bluetooth and MP3 playback
  • 2 Front Speakers
  • Rear Parking Sensors
  • 2 Front airbags
  • Anti-Lock Braking System, Electronic Brakeforce Distribution, Brake Assist (ABS, EBD, BA)
  • Vehicle Stability Control (VSC)
  • Traction Control (TRC)
  • Emergency Stop Signal (ESS)
  • Hill Start Assist (HSA)

Axia X – Penambahan RM1,400 menambahkan:

  • LED headlights, Auto ON-OFF with Follow Me Home and Leaving Home Functions
  • Smart Entry & Push Start/Stop Button
  • 2 Rear Speakers
  • Front Parking Sensors

Axia SE – Penambahan RM4,000 menambahkan:

  • ECO Idle System
  • Daytime Running Lights
  • Chrome front grille
  • Front & Side skirting
  • Rear Spoiler
  • Auto folding side mirrors with LED turn signals
  • Leather wrapped gear shifter
  • Chrome door handle (interior)
  • Semi-Bucket Fabric Seats
  • Detachable Rear Headrests
  • ‘Power Mode Drive’ button on steering wheel
  • Solar & Security Film

Axia AV, Penambahan RM5,500 menambahkan:

  • 7″ TFT Digital Driver Instrument Cluster
  • Semi Leather and Stitching on seats
  • 9″ Infotainment with “Smart Link”
  • Leather-wrapped steering wheel
  • 6 airbags
  • Perodua Smart Drive Assist
    • Advanced Safety Assist
      • Pre-Collision Warning
      • Pre-Collision Braking
      • Pedal Misoperation Control
      • Front Departure Alert
    • Driving Assist
      • Lane Departure Warning
      • Lane Departure Prevention
      • Blind Spot Monitor
    • Parking Assist
      • Rear Cross Traffic Alert
      • Reverse Camera
      • Auto High Beam

Bandingkan spesifikasi di halaman rasmi di sini.

“Kami amat bersyukur dan terdorong dengan sokongan yang ditunjukkan oleh para pelanggan kami – untuk model baharu ini serta untuk semua produk dan perkhidmatan kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

“Sasaran 314,000 pendaftaran dan 330,000 pengeluaran kami untuk tahun ini (2023) menggambarkan komitmen kami untuk memastikan tempahan anda dapat dihantar dalam masa yang terbaik tanpa menjejaskan kualiti,” tambah beliau.

Berikut ialah siaran media Perodua dengan lebih maklumat:

Perodua Axia dilancarkan di seluruh negara dengan penghantaran kepada 2,900 pelanggan pertama

Kuala Lumpur, 14 Feb: Perodua telah melancarkan model generasi baharunya, Perodua Axia Serba Baharu dengan 2,900 pelanggan dijangka akan menerima kereta baharu mereka dalam masa terdekat.

“Dengan pelancaran Perodua Axia Serba Baharu, fokus kami (untuk model baharu ini) terbahagi kepada dua iaitu memaksimumkan penghantaran kepada para pelanggan kami dan menukar tempahan Axia generasi sebelumnya kepada Axia Serba Baharu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

Zainal AXIA-2023IMG_9967-2

Beliau berkata daripada 44,000 tempahan sedia ada, Perodua dapat meyakinkan 13,600 pelanggannya untuk menukar kepada model terbaharu. Digabung dengan lebih 6,500 tempahan baharu (sejak 31 Januari 2023), syarikat kereta kompak itu mempunyai jumlah tempahan sebanyak 20,100 unit.

Dato’ Sri Zainal menambah bahawa Perodua Axia Serba Baharu mensasarkan jualan sebanyak 5,700 unit sebulan, menjadikan sasaran pengeluaran tahunan model itu melebihi 82,000 unit.

Perodua Axia Serba Baharu D-CVT (Dwi-Mod CVT) 1.0 liter didatangkan dalam 4 varian G, X, SE dan AV. Dengan powertrain (enjin dan transmisi) ini, penggunaan bahan api berpotensi mencecah sehingga 27.4 km/l dengan sistem Eco Idle atau Start/Stop automatik. Prestasi ini berdasarkan Kitaran Pemanduan Malaysia (MDC), yang mengikut keadaan jalan raya tempatan dan corak pemanduan.

Perodua Axia Serba Baharu didatangkan dalam lima warna – Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver, Ivory White (solid) dan Coral Blue (Baharu).

“Ciri-ciri nilai tambah (jika dibandingkan dengan model Axia generasi sebelumnya) adalah berbeza kerana model serba baharu ini diperhalusi dalam semua aspek keselesaan, ruang, keselamatan, saiz dan estetika,” kata Dato’ Sri Zainal.

Dari segi keselamatan, Perodua Axia Serba Baharu mendapat penarafan 4-bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

“Kami menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengunjungi 192 cawangan jualan kami yang sah untuk melihat dan memandu uji sendiri Perodua Axia Serba Baharu bermula hari ini,” tambahnya.

Previous post

Range Rover Generasi Ke-5 Dilancarkan Di Malaysia

Next post

MINI Cooper SE Semua-Elektrik Convertible Terhad Debut Di Eropah

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *