Aksesori / Produk / Alatan / Minyak

Pelancaran Roda Aloi Rekaan Malaysia Terbaharu Bernama RONIN

Roda aloi Malaysia RONIN dan roda aloi dari China INOVIT kini boleh didapati di Malaysia.

Set roda aloi adalah satu-satunya modifikasi yang pertama sekali dibuat kepada kebanyakan kenderaan baharu. Ada yang belum sempat pakai roda dan tayar ori mereka, akan terus pandu ke kedai tayar dan roda apabila menerima kereta baharu mereka and menukarnya. Kenapa? Kerana dengan satu set roda sahaja boleh mengubah rupa dan pergerakan kereta secara drastik. Pemilik kenderaan Malaysia kini ada pilihan dua jenama rim baharu yang bergaya, berkualiti dan berbaloi yang baru sahaja memasuki pasaran kita – RONIN dan INOVIT.

Kedua-dua jenama ini diedarkan oleh Ronin Motorsport di Glenmarie. Bersempena dengan pelancaran ini, pelanggan diberi tawaran eksklusif berupa baucar yang bernilai RM1,000 untuk setiap pembelian rim mana-mana jenama. Baucar itu adalah sah untuk satu tahun dan boleh digunakan untuk pembelian mana-mana produk yang dijual mereke termasuk barangan RECARO, BREMBO dll.

Bilik pameran mereka terletak di tingkat satu, Recaro Glenmarie di Jalan Pendidik U1/31, Taman Perindustrian Hicom-Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor.

RONIN

Roda RONIN direka untuk menarik perhatian dengan kecantikan yang menakjubkan dan prestasi bertaraf dunia. Anda boleh harapkan roda flow form daripada bahan berkualiti tinggi dan kemasan yang terbaik. Roda ini direka bentuk sendiri dan dikeluarkan di Thailand dengan syarat ketat yang ditetapkan TUV.

Jonathan Ong – Pengarah Urusan Ronin Motorsport

Buat masa ini, terdapat dua reka bentuk roda aloi 18″ tersedia dalam pelbagai pilihan warna:

  • RFF-01 ialah roda flow form wheel dengan reka bentuk berbilang jejari yang direka bentuk dengan teliti untuk penjimatan berat ideal dan ketegaran struktur maksimum. Ini datang dalam kemasan Alumite Black, Dark Gun Metal, dan Matte Copper untuk dipadankan dengan mana-mana cat kereta.
RFF-01
  • RFF-02 menampilkan gaya mesh ultra-moden dengan pemotongan mesin yang tepat yang meningkatkan rupa mana-mana sport sedan. Tiga pilihan warna tersedia, Black, Matte Gun Metal dan Brushed Silver Titanium
RFF-02

Harga untuk RFF-01 dan RFF-02 ditetapkan pada RM4,200 setiap set.

INOVIT

INOVIT™ ialah jenama yang diiktiraf di peringkat global yang terkenal dengan kejuruteraan ketepatan, reka bentuk yang unik, penggunaan teknologi canggih dan lebih-lebih lagi, pendekatan inovatif pada setiap peringkat pengeluaran.

Dengan ibu pejabatnya di Eropah dan pasukan reka bentuk dan kejuruteraannya di Amerika Syarikat, semua roda INOVIT adalah “Direka dan Kejuruteraan di California”. Pelbagai jenis roda INOVIT akan tersedia di Malaysia bermula dengan monoblock pada masa kini dan tidak lama lagi, gaya berbilang bahagian.

Harga INOVIT 19″ ialah RM6200 dan INOVIT 20″ ialah RM7500.

Pastikan anda lihat sendiri roda Ronin dan INOVIT dibilik pameran mereka dan jangan lepaskan peluang mendapat tawaran eksklusif akhir tahun – baucar bernilai RM1000!

Previous post

Volvo Car Malaysia Memperkenalkan Platform Jualan Dalam Talian

Next post

Pemilik Honda Civic e:HEV RS Pertama Malaysia Dapat Barangan RM4K

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *