Berita Auto

Model Juara Proton – SUV X70 Kini Sudah Berusia Empat Tahun

Sebelum X70, Proton menghadapi cabaran yang mengunung untuk kekal sebagai syarikat kereta nasional yang menguntungkan.

Dengan datangnya Zhejiang Geely Holding Group sebagai rakan kongsi syarikat asing dari China pada 23 Jun 2017 dan SUV mereka, Boyue setahun kemudian, yang ditukar lencana kepada Proton X70, nasib Proton mula berubah dan kini maju jaya.

Proton X70 SUV

Kemungkinan kejayaan Proton di Asia dan Afrika semakin hampir dan Geely sudah bersedia. Sudahkah Proton turut bersedia?

Proton X70 SUV

12hb Disember 2018 adalah tarikh penanda aras bagi Proton.

Pada hari tersebut Proton X70 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

d-Launch-of-Proton-X70

Bersempena dengan ulang tahun keempat Proton X70, tersenarai di bawah adalah lain-lain (sembilan) fakta mengenai Proton X70 yang dikongsi Proton.

  1. Proton X70 ialah model SUV premium pertama daripada PROTON dan juga model pertama dibangunkan dengan kerjasama Geely.
  2. Proton X70 ialah “kereta bercakap” pertama daripada PROTON dengan arahan suara pintar di mana and hanya perlu menyebut frasa ‘Hai, PROTON’ untuk mengawal ciri seperti tingkap kuasa, penyaman udara,
    navigasi, muzik dan aplikasi cuaca.
  3. Proton X70 menerima lebih daripada 10,000 tempahan sebelum sampai ke bilik pameran.
  4. Sehingga akhir bulan November 2022, 82,869 unit Proton X70 telah dijual sejak ia dilancarkan,
    menjadikannya SUV segmen C terlaris di Malaysia selama empat tahun berturut-turut.
  5. PROTON mula mengeluarkan Proton X70 di Malaysia di kilang baharunya bernilai RM1.2 bilion di Tanjung
    Malim pada tahun 2019 dan Proton X70 yang dipasang secara tempatan yang pertama melancarkan barisan
    pengeluaran pada 13 Disember tahun itu.
  6. PROTON melancarkan Proton X70 2022 pada 9 Jun 2022, menawarkan kemas kini gaya dan pilihan
    powertrain baharu untuk pelanggan yang mencari SUV dengan kecekapan bahan api yang dipertingkatkan
    enjin 1.5L TGDi yang turut dihasilkan di Malaysia.
  7. Brunei merupakan pasaran eksport pertama Proton X70 di mana ia dilancarkan pada 29 Julai 2019.
  8. Sehingga kini, Proton X70 telah dieksport ke tujuh negara iaitu Brunei, Nepal, Mesir, Bangladash, Kenya,
    Pakistan, dan Afrika Selatan, dan sehingga akhir bulan November tahun ini, jumlah jualan eksport berjumlah
    2,919 unit.
  9. Selain dikeluarkan di Malaysia, Proton X70 juga dipasang secara tempatan di Karachi, Pakistan.
Previous post

Great Wall Motor Meluaskan Rangkaian Jualan Globalnya

Next post

Toyota Akan Menggariskan Pelan EV 3 Tahun Yang Dikemaskini

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *