Kemalangan / Rosak / Recall

Pemandu Mabuk Langgar Dua Beradik – Kakak Maut Dan Adik Parah

Apabila dua beradik perempuan yang berjalan kaki melintas jalan di Jalan Banting-Kajang (Jalan Reko), mereka dilanggar pemandu mabuk sehingga seorang daripadanya maut.

Dalam kejadian jam 8.15 malam Jumaat 22 October 2022 lalu, seorang mangsa yang berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, manakala adiknya berusia 25 tahun parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, siasatan awal mendapati ketika kejadian, pemandu kereta dalam perjalanan dari Kajang Sentral ke rumahnya di Taman Sri Langat, Kajang.

“Kejadian berlaku berhampiran simpang masuk ke Taman Sri Langat dan ketika kejadian, dua mangsa sedang melintas jalan sebelum dilanggar sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun.

“Kereta terbabit kemudian terbabas melanggar tiga kenderan lain terdiri daripada dua kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) yang diletakkan di hadapan sebuah restoran,” katanya dalam siaran media Ibupejabat Polis Daerah Kajang.

Mohd Zaid berkata, seorang mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang namun meninggal dunia ketika dirawat di Unit Kecemasan hospital terbabit, manakala seorang lagi mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Kajang.

“Pemandu kereta kemudian dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk menjalani ujian saringan awal kandungan alkohol.”

“Hasil ujian mendapati pemandu berkenaan positif dibawah pengaruh alkohol dan direman empat hari bermula hari ini (22 Oktober) untuk membantu siasatan,” tambah beliau.

Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar bagaimana kemalangan boleh berlaku termasuk kemungkinan ada unsur lain.

Justeru, katanya mana-mana saksi yang ada maklumat berkaitan kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan polis.

Maklumat boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Feisal Mokhtar di talian 012-9454655 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran dalam daerah Kajang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Gambar dan maklumat terima kasih kepada bharian.com.my dan Facebook Polis Daerah Kajang

Jangan Memandu Jika Minum Alkohol

Pemandu mabuk adalah 13 kali lebih berkemungkinan akan menyebabkan kemalangan berbanding dengan seorang yang tidak mabuk. Tetapi kita bukan saja membicarakan kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh pemanduan dalam keadaan mabuk, ada juga akibat undang-undang bila anda minum dan pandu.

drunk drtiving 6.0

Undang-undang Malaysia semasa membenarkan sehingga 80mg alkohol dalam 100ml darah manakala had antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah 50mg dalam 100ml darah.

Mengikut undang-undang sedia ada, individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Bagi kesalahan Seksyen 41 Akta 333 pula memperuntukkan mana-mana individu yang didapati bersalah menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya hendaklah dihukum penjara untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun selain dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM20,000.

Manakala bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan.

Walau bagaimanapun Kerajaan Malaysia sudah bertindak balas terhadap peningkatan kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk dengan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dengan beberapa perkara.

Tidak ada tahap pengambilan alkohol yang selamat sepenuhnya untuk pemanduan yang kompeten. Walaupun selepas minum, kemampuan memandu anda terjejas. Semakin banyak anda minum, semakin tinggi kepekatan alkohol dalam darah anda, dan semakin besar kemungkinan anda mengalami kemalangan.

Previous post

Tayar Lori Terbang Dan Nyaris Membunuh Pemandu Perodua

Next post

SuperNice Terima Scania Yang Lengkap Dengan ADAS

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *