Hibrid, Elektrik, Hidrogen

BMW XM RM1.4M Sudah Dibuka Untuk Pra-Tempahan

BMW XM pertama kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia tetapi dalam kuantiti terhad.

BMW Malaysia membuka pra-tempahan dalam talian untuk BMW XM, BMW M pertama dengan rangkaian pemacu hibrid plug-in. BMW XM akan mula dikeluarkan pada Disember 2022 di kilang Amerika di Spartanburg.

Selain menjadi salah satu model dengan rupa yang paling menonjol dalam ingatan baru-baru ini, BMW XM juga dipersembahkan sebagai produk BMW M pertama yang dibangunkan secara bebas sejak M1.

Sebagai standard, SUV itu akan menampilkan Pakej M Aerodynamics, M High-Gloss Shadow Line, lampu hadapan LED Adaptive dengan High-beam Assistant, kontur gril berlampu, rim 23″, trim dalaman gentian karbon, paparan BMW Curved 12.3″ + 14.9″, stereng M Kulit, tali pinggang keledar M, tempat duduk pelbagai fungsi M, Kulit Vintage Coffee Brown untuk panel pintu, pengudaraan tempat duduk aktif, penghawa dingin automatik 4 zon, fungsi urutan untuk tempat duduk hadapan, lampu persekitaran, BMW Iconic Sounds Electric, dan Bowers & Wilkins Diamond Surround Sound System.

2023-BMW-XM-1.0

BMW XM ialah kenderaan besar yang berukuran 5,100mm panjang, 2,005 mm lebar dan 1,755 mm tinggi, dengan jarak roda 3,105 mm. Ruang but boleh dikembangkan daripada 527L kepada 1,820L.

Enjin mampu menghasilkan 653hp dan 800Nm hasil gabungan 4.4L M TwinPower Turbo V8 dan motor elektrik. Kuasa dihantar ke keempat-empat roda melalui automatik Steptronic Sport 8-kelajuan. 0-100km/j hanya mengambil masa 4.3 saat dan kelajuan tertinggi ialah 270km/j. Dengan kuasa elektrik tulen, BMW XM boleh bergerak sehingga 140km/j. XM mempunyai jarak elektrik sejauh 88km. Peliknya, pengecasan AC dihadkan kepada hanya 7.4kW.

BMW M xDrive menampilkan pelbagai tetapan 4WD untuk permukaan dan keadaan yang berbeza. Ciri-ciri lain termasuk M Sport differential, Adaptive M Suspension Professional, electronically controlled dampers, Active Roll Stabilisation, Integral Active Steering dan brek M Sport dalam high-gloss black.

BMW XM boleh didapati dalam warna luaran berikut:

  • Cape York Green Metallic
  • Carbon Black
  • Marina Bay Blue
  • Toronto Red
  • Mineral White
  • Black Sapphire
  • Dravite Grey

Upholsteri dalaman termasuk:

  • Leather Merino Deep Lagoon
  • Leather Merino Silverstone
  • Leather Merino Black
  • Leather Merino Sakhir Orange

Dengan jaminan 5 tahun dan pakej servis, BMW XM akan dijual pada harga RM1,400,000 di Semenanjung Malaysia atau RM820,000 di Langkawi.

Previous post

Jualan UMW Toyota S3 Naik 54% Ketika Harrier Baharu Dilancar

Next post

Nissan Versa (a.k.a Almera) Mendapat Model Facelift Di AS

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *