Anugerah / VOTY / Pameran Motor

JLRM Menang Regional Retailer Of The Year Award 2021/2022

Jaguar Land Rover Malaysia telah memenangi anugerah Peruncit Terbaik rantau Asia Pasifik bagi tahun 2021/22.

Bila berkenaan tentang pasaran premium di Malaysia, Jaguar mahupun Land Rover tidak mempunyai bahagian jualan tahunan yang ketara. Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna Jaguar Land Rover Malaysia tidak melakukan kerja yang hebat. Kedua-dua jenama ini mengekori saingan Jerman dan Sweden dalam hampir setiap pasaran di seluruh dunia, tetapi di Malaysia mereka sekurang-kurangnya mempunyai prestij jenama untuk menarik kelas pelanggan yang berbeza.

Jaguar-Land-Rover-Malaysia-2.0

Layanan teristimewa yang luar biasa bagi pelanggan ini adalah prinsip jenama Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM). Syarikat itu membawa pulang gelaran Peruncit Terbaik bagi rantau Asia Pasifik pada majlis Jaguar Land Rover Retailer Awards 2021/22 baru-baru ini untuk kali ketiga. JLRM juga memenangi anugerah serantau dalam Pemasaran, Perkhidmatan Pelanggan dan Jualan.

Jaguar-Land-Rover-Malaysia-1.0

Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, mengulas, “Kami amat berbesar hati menerima penghormatan ini untuk tahun ketiga berturut-turut. Malah, kepimpinan teras dan pasukan yang sama telah memacu JLRM sepanjang tiga anugerah yang lalu. Ini sememangnya bukti kerja berpasukan, dedikasi dan komitmen hebat pasukan JLRM, terutamanya dari perkhidmatan pelanggan, jualan dan pemasaran. Komitmen kami untuk sentiasa meningkatkan standard terus memacu kami ke hadapan sambil kami berusaha untuk memenuhi janji kami untuk mentakrifkan semula pengalaman automotif untuk pelanggan kami.”

JLRM bersaing dengan peruncit di 13 negara di seluruh rantau dan ini merupakan tahun kedua berturut-turut JLRM menang dalam kategori ini. Mereka juga menang Anugerah 2018/2019.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Peruncitan dan Pengedaran, Sime Darby Motors Malaysia, berkata, “Selaras dengan pemacu Sime Darby Motors untuk membawa perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan, anugerah ini mencerminkan bahwasanya JLRM terus kekal di puncak permainannya dalam segmen kereta mewah. Kami sangat teruja untuk pasukan JLRM dengan pencapaian cemerlang ini. Tambahan pula, sebagai anugerah antarabangsa, ini sudah tentu menunjukkan bahawa prestasi dan keupayaan kumpulan bakat yang kukuh yang diusahakan oleh Sime Darby Motors, setanding dengan standard global tertinggi.”

Anugerah Peruncit Jaguar Land Rover menggunakan kriteria prestasi khusus merentas pemasaran, jualan, perkhidmatan pelanggan, latihan kakitangan dan persembahan peruncit untuk menilai calon. Anugerah itu dikatakan membawa pengiktirafan antarabangsa, menanda aras peruncit kepada standard tertinggi pengalaman pelanggan runcit.

Previous post

5 Peranan Memesonakan Porsche Cayenne Selama 20 Tahun Lalu

Next post

SC-01 - Kereta Sukan Elektrik China Dibiayai Wang Xiaomi

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *