Bisnes

Ekonomi Merosot Tetapi Pendaftaran Ogos Perodua Meningkat 42%

Suara rakyat mengadu: Kenaikan harga barang, kos sara hidup tinggi, tiada kenaikan gaji, tiada simpanan! Garu kepala. Kalau betul keluhan itu, kenapa pendaftaraan kenderaan secara amnya melonjak berlipat ganda.

Perodua baru sahaja menerbitkan siaran media mereka mengumumkan peningkatan sebanyak 42% pada bulan Ogos kepada 26,039 unit daripada 18,346 unit pada Julai lalu disebabkan bekalan komponen automotif yang semakin pulih.

Perodua-President-CEO-Dato-Zainal-Abidin-Ahmad-3.0

“Pihak Perodua akan berusaha untuk meningkatkan lagi angka ini demi mengurangkan masa menunggu para pelanggan kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

Menurut beliau: “Perodua juga mencapai tahap pengeluran terbaik tahun ini sebanyak 28,036 unit dan jumlah ini telah membolehkan kami meningkatkan pendaftaran model-model kami. Perodua Bezza merupakan model paling popular dengan 6,808 unit didaftarkan, diikuti Myvi 6,252 unit dan Axia sebanyak 4,857 unit.”

“Perodua Alza Baharu kami pula menerima 51,000 tempahan setakat ini. Kami pula telah mendaftar 7,682 unit pada bulan Julai dan Ogos lalu,” kata Dato’ Sri Zainal. Perodua melancarkan model serba baharu Alza pada 20 Julai 2022.

Ujar beliau: “Peningkatan dalam pengeluaran dan pendaftaran Perodua bulan Ogos disebabkan gangguan bekalan cip semikonduktor dan juga kekurangan pekerja di operasi pembekal kami. Akan tetapi isu-isu ini telah diatasi pada masa ini”.

Tambahan beliau, Perodua juga sedang mengkaji kesan peningkatan harga bahan mentah pada masa sekarang. Pada masa yang sama, Perodua dan syarikat-syarikat pembekal komponen sedang bekerjasama untuk mengatasi isu kenaikan kos yang sedang melanda.

Jualan Perodua dari Januari hingga Ogos tahun ini melonjak sebanyak 63.7% kepada 171,728 unit berbanding 104,933 unit pada jangka masa sama tahun lepas.

Kenaikan jualan ini disebabkan oleh perintah berkurung yang dikuatkuasakan dari 1 Jun 2021 hingga 15 Ogos 2021 untuk membendung penularan kes Covid-19 pada masa itu.

“Dari Januari hingga Ogos tahun ini, Perodua Myvi masih kekal model paling laris kami di mana 48,658 unit telah didaftarkan, diikuti Bezza sebanyak 39,642 unit dan Axia sebanyak 37,013 unit,” Dato’ Seri Zainal berkata.

Perodua-ALZA-launch-IMG_6736

Mengenai PERODUA
Ditubuhkan pada tahun 1993, Perodua ialah pembuat kereta kompak terkemuka di
Malaysia. Syarikat tersebut merekabentuk kereta untuk gaya hidup tempatan dan
membinanya untuk memenuhi piawaian kualiti terkemuka industri. Untuk mengetahui
lebih lanjut tentang pengalaman pemanduan Perodua, sila layari
www.perodua.com.my.

Previous post

SUV Terpantas Dunia Aston Martin DBX707 Kini Di Malaysia

Next post

Modenas Tawar Program Lanjutan Jaminan Untuk Model Terpilih

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.