Bisnes

PROTON X50 Adalah Kenderaan Paling Laris Julai 2022

Pencapaian ini melegakan sebarang keraguan penurunan jualan yang dialami PROTON selepas pengecualian cukai SST.
PROTON X50 telah menjadi kenderaan terlaris pada Julai tahun ini, mencatatkan rekod dalam jumlah jualan terbanyak untuk bulan lepas.

“Berikutan bulan Jun yang sibuk di mana jenama industri automotif berebut-rebut untuk mengumpul tempahan sebelum tamat insentif SST, Julai merupakan bulan di mana permintaan pasaran jatuh ke paras normal. Oleh itu tumpuan telah diberikan untuk memenuhi tempahan
yang telah diterima. PROTON tidak terkecuali dan dengan keadaan bekalan komponen kami yang terus bertambah baik, kami dapat menunjukkan potensi jualan sebenar Proton X50.

Syarikat amat berbangga dengan model Proton X50 menjadi SUV pertama yang dinobatkan sebagai kenderaan terlaris di Malaysia dan kami berterima kasih atas sokongan daripada pelanggan kami. Pencapaian ini dan kelarisan jualan PROTON dalam segmen lain menunjukkan
rancangan perniagaan kami berada di landasan yang betul dan membalas keyakinan yang diletakkan pada jenama oleh pembeli, pelabur dan pihak berkepentingan lain,”

Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON

Ini berikutan jualan terbaiknya pada bulan Jun, di mana PROTON mencatatkan 11,477 unit (domestik +
eksport) pada bulan Julai atas usaha kejayaan syarikat untuk menyelesaikan isu kekurangan
komponen. Jualan keseluruhan untuk tahun ini kini berada pada 71,601 unit, peningkatan sebanyak 19.7% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

PROTON juga mengekalkan kedudukan kedua dalam jadual jualan automotif nasional dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 22.7% bagi bulan Julai manakala pegangan pasaran tahun sehingga kini (YTD) meningkat kepada 18.7%.

Jumlah Keseluruhan Volum Industri (TIV) bagi bulan Julai dianggarkan sebanyak 50,500 unit setelah jumlah pendaftaran berundur ke median berikutan penamatan tempoh insentif SST pada 30 Jun.

PROTON X50 kekal di tempat pertama dalam empat segmen pasaran berikutan jualan terbaiknya pada bulan Jun. Dengan 4,763 unit yang didaftarkan pada bulan Julai kini merupakan puncak baharu bagi jualan SUV di negara ini.

Ini disokong oleh jualan kukuh yang berterusan untuk Proton X70 yang dilancarankan pada 9 Jun dengan 1,704 unit yang telah didaftarkan pada bulan lepas. Ini melonjakkan jumlah keseluruhan SUV PROTON melepasi 31,500 unit untuk tujuh bulan pertama bagi tahun 2022.

Proton Saga juga mencatatkan jumlah yang kukuh dan mengekalkan kedudukannya dengan pendaftaran 4,521 unit bulan lepas, menunjukkan bahawa model yang dilancarkan pada 12 Mei 2022 mencapai 9,811 pendaftaran dalam masa 80 hari.

Proton Exora juga mengekalkan kedudukannya di tangga teratas kelas MPV segmen C dengan
476 unit didaftarkan. Malangnya, jualan untuk kedua-dua model Proton Persona dan Proton Iriz dihentikan kerana menunggu kelulusan harga daripada pihak berkuasa.

PROTON Exora

PROTON Julai 2022 – Prestasi Model secara Individu (termasuk eksport)

ModelJumlah unit terjualJumlah jualan 2022 Pencapaian jualan untuk Julai 2022
Saga4,52128,005▪ Jualan tertinggi sedan segmen-A
Persona5 7,016▪ Tidak berkenaan
Exora4762,424▪ Jualan tertinggi MPV segmen-C
Iriz82,551▪ Tidak berkenaan
X701,70410,860▪ Jualan tertinggi SUV segmen-C
X504,76320,745▪ Jualan tertinggi SUV segmen-B dan secara keseluruhan
Jumlah11,47771,600

Previous post

Suzuki Swift Dan Jimny Habis Dijual

Next post

Reka Bentuk Kemungkinan Convertible Porsche Cayenne 2 Pintu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *