Undang - Undang

Pemandu Lari Dari Saman Dengan Mengorbankan Rim Dan Tayar

Adakah pemandu di Thailand ini terlepas daripada pengapit tayar untuk hanya berhadapan dengan masalah yang lebih teruk?

Daripada apa yang dapat kita boleh fahami berdasarkan gambar, pemandu di Thailand ini seorang yang cepat berfikir untuk menyelesaikan masalah. Dia memutuskan bahawa roda aloi Honda City miliknya harus dikorbankan dan meninggalkannya hanya untuk mengelak daripada membayar saman.

Mari kita ketepikan fakta yang paling nyata ini terlebih dahulu. Ya … dia melanggar undang-undang dengan melakukannya. Mengelak saman dengan jelas untuk kereta anda yang diapit dengan membuang tayar dan menggunakan tayar ganti anda untuk memandu lari adalah satu jenayah.

Sedikit pemikiran kehadapan diperlukan di sini. Anda tidak perlu menjadi saintis roket untuk menyedari bahawa ini boleh kembali balik kepada anda dengan lebih teruk lagi.

Oleh itu, walaupun seseorang mungkin mengesyurkan bahawa ini adalah cara yang bijak untuk mengelak daripada membayar saman seseorang … Jangan! Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Jelas seperti yang dapat kita lihat dalam gambar, lelaki yang cuba melarikan diri dari membayar saman kena kantoi. Gambar kelakuannya merata di sosial media.

Nasib baik untuk dia, kami tidak dapat melihat wajahnya, namun malangnya, apabila dia akhirnya perlu membuka pengapit roda aloinya, dia mungkin akan menghadapi lebih banyak saman dan mungkin juga denda yang besar dan/atau penjara.

Mengandaikan bukan dia yang akan membawa roda dengan pegapit berkunci itu ke kedai untuk mengeluarkannya dan pegawai penguatkuasa undang-undang atau mana-mana pegawai berkaitan membawanya, pemandu itu kini terpaksa mengaku bersalah dan membayar samannya dan/atau apa-apa bayaran lain berkait kesalahannya tersebut.

Dia akan memerlukan roda aloi itu balik, lagipun, orang ramai akan mula memandang kereta dengan satu roda ganti yang mencurigakan. Jika itu berlaku, ia akan menarik perhatian yang tidak diingini dan dia akan terdedah serta-merta. Jadi adakah ia benar-benar berbaloi untuk tidak membayar saman anda?

Sekiranya anda mendapati diri anda dalam situasi di mana anda terpaksa memilih antara membayar saman anda atau bersikap licik seperti pemandu ini (jelas tidak cukup licik), apakah yang akan anda lakukan?

Kami berharap semua akan berfikir jangka panjang, terutamanya apabila ia datang kepada saman kerana melarikan diri dari masalah anda, sentiasa akan membawa anda masalah yang lebih besar.

Previous post

BMW Group Malaysia Beri Subsidi 90 Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Keluarga B40

Next post

UMW Toyota Motor Jual 48% Lebih Kereta Separuh Pertama 2022

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *