Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Kenapa Pemilik EV RM262K Ini Perlu Mencuri Caj?

Selepas membelanjakan sejumlah besar wang untuk sebuah EV, sesetengah pemilik masih mahu mengecas secara percuma.

Komuniti kenderaan elektrik di Malaysia semakin berkembang sejak kerajaan mengumumkan bahawa ia menghapuskan semua duti eksais dan cukai import ke atas BEV untuk satu tempoh masa. Walaupun telah ditunjukkan bahawa EV boleh jauh lebih murah daripada kereta petrol, elektrik bukan percuma dan bergantung pada kadar caj dan faktor lain, ia juga boleh menjadi mahal. Itu tidak memberi alasan kepada sesiapa daripada mencuri elektrik secara terang-terangan untuk mengecas kenderaan mereka – itulah yang berlaku di stesen Shell Hotel Mint di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban beberapa malam dahulu.

Seorang pengguna dalam Facebook Group “Malaysian Electric Vehicle Owners Club” menyiarkan foto Volvo XC40 Recharge Pure Electric putih mengecas di stesen pengecas AC 22kW di sana. Stesen pengecas itu dikendalikan oleh ParkEasy dan anda perlu menempah slot mengecas tertentu untuk menurunkan penghadang kenderaan yang tersedia. Kabel pengecasan disediakan dan stesen itu akan mengecas serta-merta sebaik sahaja anda memasang kabelnya.

Masalahnya ialah tempat letak kereta untuk stesen itu masih dihadang, bermakna bahawa sesi pengecasan itu tidak berbayar. Menurut hantaran asal foto itu, dia menyemak aplikasi ParkEasy dan mendapati pengecas itu ditandakan sebagai tersedia, bermakna tiada tempahan dibuat.

Jika apa yang dipaparkan oleh hantaran asal itu tepat, ini bermakna pemilik kenderaan elektrik RM262,000 ini memutuskan untuk melakukan pengecasan percuma, yang paling teruk, akan menelan kos hanya beberapa puluhan Ringgit. Selain mencuri elektrik, pemandu itu juga mementingkan diri dan menafikan pengguna EV lain daripada menggunakan pengecas itu secara sah. Katakanlah orang lain sangat perlu mengecas kenderaan mereka dan menggunakan apl ParkEasy untuk menempah petak itu. Dia akan datang ke stesen pengecas itu hanya untuk mendapati ada kereta lain diluar petak yang mencuri caj.

Kami merasakan kemungkinan besar ini adalah perlakuan pemilik kenderaan, tetapi kami telah memutuskan untuk tidak menyiarkan nombor platnya kerana kami tidak mempunyai semua fakta. Ada kemungkinan pemiliknya tidak celik teknologi. Terdapat andaian bahawa setiap orang yang memandu kenderaan elektrik, celik telefon pintar. Itu tidak benar. Ada ramai yang berusia 50-an, 60-an dan 70-an yang memandu hibrid plug-in tetapi hanya menggunakan telefon pintar mereka untuk Whatsapp dan Facebook. Mungkin tidak ada sebarang notis cara pengunaan yang besar di sebelah pengecas yang menyatakan bahawa pengecasan adalah hanya dengan menggunakan apl ParkEasy. Walaupun arahan itu ada, mungkin pemiliknya terdesak untuk mendapatkan sedikit jus untuk pulang ke rumah dan tidak dapat mencari sesiapa untuk membantu mereka menggunakan apl itu.

Apapun, ini jelas merupakan isu yang perlu ditanganikan oleh ParkEasy dan kerajaan. Agak mengejutkan kerana belum ada sesiapa yang mencadangkan mereka yang memandu EV perlu mendapatkan ‘lesen pemandu EV khas’ untuk mendidik pemilik EV tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Bukankah penyelesaian ‘pakar’ automotif Malaysia untuk segala masalah automotif ialah ‘lesen khas’ untuk segala-galanya, daripada kemalangan trak pikap kepada pemandu tua.

Previous post

Aston Martin V12 Vantage Roadster Belum Lancar Sudah Habis

Next post

Volkswagen 4X4 Ini Merupakan Crossover Terbaik Sebelum Dunia Mengenalinya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *