Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Ford Ranger Baharu = Kereta Penggemar Yang Sempurna

7 Sebab mengapa Ford Ranger generasi akan datang adalah untuk anda.

Ford percaya dengan mencari gaya hidup yang memenuhi aspirasi dan kualiti hidup kita sambil mengekalkan keseimbangan dalam semua perkara. Ini adalah cara Ranger. Bagi mana-mana peminat kereta yang berusaha untuk kecemerlangan dalam semua aspek, Ford Ranger generasi akan datang adalah untuk anda. Teruskan membaca untuk mengetahui sebabnya.

Ianya berkebolehan, serba boleh dan lebih pintar berbanding sebelum ini. Ranger ini juga direka untuk memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengukir laluan mereka sendiri dan menjalani kehidupan mereka sepenuhnya. Berikut ialah tujuh cara Ford Ranger generasi akan datang melambangkan cara Ranger.

Pertama sekali, ia adalah teman gaya hidup Ranger paling dipercayai dari segi segmen pikap atau dari segi kenderaan gaya hidup serba lengkap. Apa yang benar-benar membezakannya dengan kenderaan lain adalah semangat yang teguh, keghairahan dalam menjalani kehidupan dan nilai yang dikongsi oleh mereka yang bercita-cita untuk memilikinya.

Sebagai teman setia untuk kerja, keluarga dan riadah, Ranger memberikan platform untuk anda menyertai komuniti kalangan bercitarasa sama yang turut senang meneroka jalan sendiri. Anda boleh memupuk persahabatan, menikmati pengalaman bersama dan meneroka horizon baru menerusi platform dan komuniti Ford Ranger Getaways.

Keduanya,skrin maklumat infotainmen besar dengan paparan kamera 360-darjah yang pertama dalam kelasnya, iaitu 10.1-inci atau 12-inci, yang menampilkan sistem komunikasi dan hiburan paling canggih, SYNC 4A.

Kini anda boleh menikmati ruang lebih besar untuk skrin tunjuk arah dan pada masa sama tetap ada ruang yang cukup di bahagian bawah untuk menu lain, seperti kawalan maklumat cuaca dan hiburan.

Selain itu, dengan kamera 360-darjah untuk WildTrak, cabaran untuk parkir di ruang sempit di bandar, menangani permukaan bumi yang sukar serta jalan sempit kini bukan lagi satu masalah.

Ketiga, dengan Kluster instrumen digitalnya anda akan dapat mengawal lebih banyak maklumat dengan lebih mudah, di saat anda dengan lancar beralih antara kegunaan keluarga, kerja dan riadah. Anda boleh mengubah dan menyusun sendiri panel digital, termasuk memilih grafik dengan pilihan avatar realistik mengikut mood anda pada satu-satu masa.

Keempat, adalah ciri Keselamatan generasi seterusnya. Dengan lebih penawaran ciri perlindungan kemalangan serta ADAS dalam Ranger generasi baru ini, anda akan berasa lebih selamat dan yakin ketika berada di jalan raya mahupun di mana saja. Ini termasuklah Evasive Steer Assist, Lane Change Warning and Aid, Adaptive Cruise Control dengan Stop-and-Go dan High Beam Assist.

Kelima,rekaan dalaman baharu—seperti berada dalam SUV premium. Bahan permukaan lembut, serta kabin yang lebih luas dan selesa berbanding model sebelum ini. Anda dapat lakukan lebih banyak perkara dan menikmati banyak kelebihan lain dengan Ranger.

Keenam,lebih menonjol dengan rekaan luaran baharu yang berani, lasak dan mendominasi. Dari gril baharu dengan lampu depan LED serta matriks bentuk C baharu untuk varian terpilih, hinggalah kepada pelindung tayar yang menonjol dan palang gril bahagian atas yang kuat, keyakinan anda ketika memandu pastinya sama seperti apa yang ditunjukkan oleh ciri luaran ini.

Akhir sekali, kuasa dan prestasi. Jika anda perlukan lebih kuasa tetapi inginkan penjimatan minyak, enjin bi-turbo adalah pilihan yang sesuai. Dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan, enjin ini mampu menjana kuasa maksimum sebanyak 210 PS dan 500 Nm tork.

SDAC sedang menganjurkan siri jelajah di seluruh negara untuk Ranger generasi baharu ini sebelum pelancaran rasminya. Jika mahu diundang ke acara pertama di bandar berdekatan, anda boleh daftar di sini untuk mendapat jemputan eksklusif.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Ranger generasi baharu dan jadual acara pelancaran, SDAC dan Ford, anda boleh ikuti Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube Ford Malaysia atau layari www.sdacford.com.my.

Previous post

Jaguar Land Rover Buka Makmal EMC Baharu Di UK

Next post

Adakah Chery Arrizo Sebuah Toyota Camry Tiruan?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.