Hibrid, Elektrik, Hidrogen

BYD Meneruskan Perancangan Mendominasi Dunia

Kali ini, mereka berkembang memasuki pasaran Thailand. Ini adalah kepingan seterusnya dalam puzzle pasaran global BYD. Malaysia di mana?

BYD adalah pembuat kereta China yang khusus membina Kenderaan Elektrik (EV) dan ianya bukan rahsia lagi bahawa mereka merancang untuk menjual kereta mereka secara global. CarNewsChina kini melaporkan bahawa BYD akan menjual kereta mereka di Thailand dan meneruskan pengembangan global mereka. Artikel penuh mereka di sini.

Kemajuan BYD bukan selangkah demi selangkah tetapi mereka melonjak tinggi dan jauh. Mereka baru-baru ini mendedahkan rancangan mereka untuk menjual kereta di Belanda, memperkenalkan tiga EV di Jepun, sedang berusaha untuk memasuki Australia dan Singapura dan juga dijadualkan untuk menjual kereta mereka di Jerman dan Sweden. Ini menunjukkan tahap komitmen yang ditunjukkan BYD kepada rancangan mereka untuk pengembangan global.

Pada 8 Ogos 2022, BYD mengadakan persidangan jenama di Bangkok dengan Rever Automotive, jenama NEV khusus untuk pelepasan sifar, di mana ia telah diumumkan BYD akan memasuki pasaran automotif Thailand secara rasmi dan Rever Automotive akan menjadi pengedar rasmi kenderaan penumpang BYD di Thailand dan menyediakan perkhidmatan selepas jualan.

Dasar progresif EV Thailand telah menyebabkan sebanyak 30 pembuat kereta selain BYD di seluruh dunia membawa masuk kereta mereka ke negara itu. Kerajaan Thailand juga menyatakan bahawa mengikut dasar EV mereka, mereka menjangkakan EV akan membentuk 30 peratus daripada semua pengeluaran kenderaan di negara itu menjelang 2030.

BYD pada masa ini menjual modelnya di 70 negara dan lebih 400 bandar dan menjual lebih 2.3 juta Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) dan sementara BYD masih belum mengesahkan model yang akan diperkenalkan ke Thailand. Kemungkinan besar tiga model pertama yang akan ditawarkan di sana ialah BYD Dolphin, BYD Atto 3 dan BYD Seal.

Walaupun BYD baru saja secara rasmi memasuki Thailand, ini bukan kali pertama BYD menjalankan perniagaan mereka di negara itu.

Lui Xueliang, pengurus Besar Bahagian Jualan Automobil Asia-Pasifik BYD berkata “Seawal 2018, kami melancarkan teksi elektrik tulen di Thailand. Kami akan bekerjasama dengan kerajaan Thailand dan rakan kongsi kami untuk membawa teknologi dan produk berkualiti tinggi ke pasaran.”

Ke Yubin, Pengurus Besar BYD Thailand menambah “Selepas bertahun-tahun bekerja keras, perniagaan BYD di Thailand meliputi pelbagai bidang seperti forklift elektrik dan bas elektrik. Dengan sokongan dan jangkaan pengguna Thailand, kami juga akan bekerjasama dengan rakan kongsi Thailand … untuk memenuhi permintaan pengguna untuk kenderaan elektrik dan mempromosikan pembangunan industri kenderaan tenaga baharu Thailand.”

Pratarnwong Phornprapha, Presiden Rever Automotive, berkata “Bergantung pada teknologi mesra alam dan ekosistem hijau, RÊVER komited untuk menyediakan kepada orang ramai penyelesaian tenaga baharu. Ini adalah titik permulaan baharu, peluang baharu dan akan mencipta serta memberi inspirasi kepada kemungkinan baharu.

Dengan semua yang sedang berlaku di Malaysia sekarang, agak susah untuk mengesahkan samada BYD akan memasuki Malaysia. Walau apapun kami tetap berharap ia akan berlaku kerana sektor EV di Malaysia sangat memerlukan sesuatu utk merangsangkannya.

Previous post

Produksi Mercedes-AMG ONE Hypercar Akhirnya Bermula

Next post

Ford Escort RS Turbo S1 1985 Princess Diana Untuk Dijual

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *