Kemalangan / Rosak / Recall

BYD Memanggil Balik Lebih 50,000 EV Model Tang

Menurut BYD, ini kerana sesetengah kenderaan ini mungkin mempunyai isu dulang pek bateri.

BYD ialah sebuah syarikat tersohor Kenderaan Elektrik (EV) China dan baru-baru ini telah menjual lebih banyak unit di seluruh dunia berbanding Tesla. Ini menjadikan jenama itu tempat nombor satu dalam jualan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) global dan baru-baru ini mereka telah ditonjolkan sekali lagi, namun kali ini, atas sebab yang sangat berbeza.

Menurut pengumuman oleh State Administration For Market Regulation (SAMR) China, pada 29 Julai 2022, BYD memutuskan untuk memanggil balik beberapa kenderaan mereka di bawah papan nama Tang DM. Kenderaan ini adalah yang dikeluarkan antara 5 April 2021 dan 18 April 2022. Jumlah kenderaan yang kena recall ialah 52,928 unit.

Sebabnya ialah sesetengah dulang pek bateri kuasa kenderaan mempunyai risiko kemasukan air yang boleh menyebabkan sistem voltan tinggi mengeluarkan nyahcas elektrik. Ini adalah satu safety hazard.

BYD juga mengumumkan penarikan balik 9,663 Tang DM EV yang dihasilkan antara 2 September 2021 hingga 14 Mac 2022. Penarikan balik yang diumumkan baru-baru ini melibatkan hampir lima kali lebih banyak kenderaan daripada yang sebelumnya.

Penarikan balik ini juga menjelaskan sebab di sebaliknya dengan lebih jelas, ia menyatakan bahawa beberapa injap penyedut dulang pek bateri kenderaan mempunyai permukaan yang tidak rata disebabkan oleh isu pembuatan. Ini meletakkan unit pada risiko kemasukan air dan boleh menyebabkan kegagalan litar elektrik.

Dalam kes yang ekstrim, BYD berkata bahawa ini mungkin menyebabkan bateri mengalami larian haba yang merupakan safety hazard yang besar.

BYD memberi kepercayaan kepada pengedar sah mereka untuk memeriksa semua kenderaan yang ditarik balik dan menggantikan pek bateri secara percuma sekiranya terdapat kebocoran pada pek bateri atau jika injap penyedut dulang tidak menyedut serata.

Kenderaan Tang DM yang terlibat ialah sekumpulan produk hibrid di bawah “Dynasty Series” BYD Tang yang dibahagikan kepada dua model, Tang DM-i dan Tang DM-p.

Yang pertama dijual pada harga 205,800 yuan hingga 282,800 yuan (USD30,499 – USD41,910) dan yang kedua yang baru-baru ini melakukan pra-jualan pada harga 292,800 yuan kepada 332,800 yuan (USD43,392 – USD49,320).

Penarikan balik ini menjadi lebih sukar kepada BYD apabila anda consider bahawa mereka telah menjual lebih 10,000 unit Tang DM pada Februari ini sahaja dan lebih 340,000 unit pada akhir Jun tahun ini dan 18 peratus daripada jumalh itu ditarik balik.

Dengan BYD menyumbang begitu banyak kepada jualan EV sejak akhir-akhir ini, bolehkah mereka siap baiki semua kenderaan yang ditarik balik dengan cepat atau adakah pemilik kereta BYD akan dibiarkan tanpa kenderaan untuk tempoh yang lama?

Previous post

Hozon Neta S Dilancarkan Di China - Harga Dari USD29,600

Next post

Bolehkah Lesen Memandu Khas Trak Pikap Kurangkan Kemalangan?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *