Anugerah / VOTY / Pameran Motor

VOTY 2022 // Electric Car Of The Year – Hyundai IONIQ 5

Anugerah Vehicle Of The Year (VOTY) 2022

Dengan pengecualian duti import, eksais dan cukai jalan ke atas kenderaan elektrik seperti yang diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2022, pengeluar-pengeluar kenderaan kini berlumba-lumba untuk membawa masuk EV ke pasaran tempatan. Salah satu daripada pengeluar tersebut adalah Hyundai, yang melancarkan IONIQ 5 pada Mac 2022.

Banyak perkara yang menarik mengenai IONIQ 5. Pertama sekali, reka bentuknya lain daripada yang lain, menggabungkan elemen-elemen rekaan moden dan retro seperti lampu pixel yang cukup bergaya. Ia mungkin kelihatan seperti sebuah hatchback, namun saiznya lebih dekat kepada crossover atau SUV.

Hyundai Ioniq 5 Malaysia

Dalam versi tertinggi iaitu Max, IONIQ 5 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 72.6 kWh dan sepasang motor elektrik yang memberikannya sistem pacuan semua roda. Gabungan ini membolehkan ia bergerak sejauh 430 km dengan satu cas penuh. Apa yang menarik, model ini mempunyai fungsi Vehicle-to-Load yang membolehkan pengguna mengecas pelbagai jenis peralatan elektrik.

 Ioniq 5 tiba di Malaysia dalam tiga spesifikasi iaitu Lite, Plus dan Max. Harga (OTR tidak termasuk insurans, dengan pengecualian duti eksais, duit import dan cukai jalan) adalah seperti berikut:

  • IONIQ 5 Lite – RM199,888
  • IONIQ 5 Plus – RM229,888
  • IONIQ 5 Max – RM259,888

Dari segi spefisikasi, Ioniq 5 Lite dan Ioniq 5 Plus merupakan model pacuan roda belakang (RWD) yang dilengkapi dengan pek bateri berkapasiti 58 kWh yang boleh memberikan jarak pemanduan sehingga 384 km. Motor elektrik tunggalnya menjana 168 hp dan 350 Nm, membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 8.5 saat. Pengecasan dari 0 hingga 100% mengambil masa lima jam menerusi pengecas AC 11 kW.

Sementara itu, spesifikasi tertinggi iaitu Ioniq 5 Max didatangkan dengan motor elektrik yang menjadikannya model pacuan semua roda (AWD). Dengan pek bateri berkapasiti 72.6 kWh, ia boleh dipandu sejauh 460 km dengan satu cas penuh. Gandingan ini menghasilkan 302 hp dan 605 Nm, cukup untuk melakukan pecutan 0-100 km/j dalam 5.2 saat. Pengecasan dari 0 hingga 100% mengambil masa 6.1 jam dengan menggunakan pengecas AC 11 kW.

Hyundai Ioniq 5 Malaysia

Tentang Anugerah Vehicle of the Year (VOTY):

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 12 bulan dari 2021 layak untuk dicalonkan dalam anugerah ini. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami menilainya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari DSF.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan dipilih sebagai pemenang kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan lagi pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2022 // Luxury SUV Of The Year – Land Rover Defender 110 P400

Next post

VOTY 2022 // Crossover Of The Year – Subaru XV GT Eyesight

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *