Berita Auto

Toyota Veloz 1.5 AT Kini Boleh Ditempah – Harga RM95,000

UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan pembukaan tempahan untuk Toyota Veloz serba baharu bagi menggantikan Avanza yang berada di pasaran sejak 2004 lagi. Tahun lalu, Veloz dilancarkan di Indonesia di mana ia dinobat sebagai model ketiga paling popular di negara itu.

Untuk pasaran Malaysia, Veloz akan dipasang secara tempatan dan hadir dengan spesifikasi tertinggi dan ciri-ciri canggih. Crossover tujuh tempat duduk itu dikuasakan oleh enjin aspirasi natural 2NR-VE 1.5-liter empat silinder yang menghasilkan 106 PS dan 137 Nm. Kuasa disalurkan ke roda depan menerusi transmisi jenis CVT.

Untuk bahagian luaran, Veloz didatangkan standard dengan lampu depan LED berserta lampu isyarat membelok berjujukan dan rel bumbung. Ia boleh didapati dalam lima warna iaitu Silver Metallic dengan bumbung hitam, Blue Metallic dengan bumbung hitam, White, Metallic Bluish Black dan Red Metallic.

Antara ciri yang terdapat di dalam kabin model ini termasuklah brek parkir elektronik dengan Automatic Brake Hold, paparan multi-info (MID) berukuran tujuh inci, pengecas wayarles, port pengecas USB dan soket 12V.

Sistem infohibur pula boleh diakses menerusi skrin berukuran sembilan inci yang turut menyokong ciri Apple CarPlay dan Android Auto. Kapasiti ruang kargo dengan tempat duduk barisan ketiga dilipat adalah 498 liter.

Untuk sistem keselamatan, Veloz mendapat Toyota Safety Sense (TSS) yang menawarkan Pre-Collison System (PCS) dan Adaptive Cruise Control (ACC). Turut disertakan adalah Vehicle Telematics System (VTS).

Veloz kini boleh ditempah di mana-mana bilik pameran Toyota di seluruh dunia pada harga anggaran RM95,000 tidak termasuk insurans.

Previous post

Hap Seng Star Buka Mercedes-Benz Autohaus Di Setia Alam

Next post

Kia EV6 Dilancarkan Di Malaysia - Harga RM300,668

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *