Berita Auto

Tempahan Nissan Serena S-Hybrid Dibuka – Harga Kurang RM150k

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengumumkan bahawa ia akan melancarkan Nissan Serena S-Hybrid baharu ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Ia merupakan merupakan antara model hibrid pertama yang dipasang secara tempatan dan kekal sebagai satu-satunya MPV hibrid CKD hingga ke hari ini.

Oleh itu, Serena S-Hybrid kini dibuka untuk tempahan (dengan yuran minimum RM1,000) menerusi wakil pengedar bertauliah Nissan di seluruh negara, dengan penyerahan pertama dijangka bermula Julai ini. Varian dan harga anggaran adalah seperti berikut:

  • Nissan Serena S-Hybrid Highway Star – Bawah RM150,000
  • Nissan Serena S-Hybrid Premium Highway Star – Bawah RM165,000
Nissan Serena Facelift

ETCM menggalakkan pelanggan untuk membuat tempahan awal bagi membolehkan kilang pemasangan menjadualkan pengeluaran dengan lebih tepat dan mengurangkan tempoh menunggu, lebih-lebih lagi dengan isu kekurangan cip semikonduktor yang masih berterusan.

Untuk mereka yang membuat tempahan awal, ETCM menawarkan pakej penyelenggaran percuma (termasuk alat ganti dan buruh) untuk perbatuan 10,000 km, 30,000 km, 50,000 km, 70,000 km dan 90,000 km, serta waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Di samping rekaan premium dan teknologi keselamatan terbaharu, Serena S-Hybrid menampilkan ciri-ciri kemudahan seperti pintu tailgate berkembar dan pintu gelongsor bebas tangan pada bahagian kiri dan kanan.

Nissan Serena Facelift

Di dalam, Serena S-Hybrid menawarkan tujuh tempat duduk dengan 13 konfigurasi dan kerusi kapten pada barisan kedua, upholsteri kulit Nappa pada kesemua tempat duduk serta tujuh port USB.

Turut disertakan adalah teknologi Nissan Intelligent Mobility (NIM) yang merangkumi sistem keselamatan aktif dan pasif seperti Intelligent Predictive Forward Collision Warning, Intelligent Forward Collision Braking, Lane Departure Warning, Blind Spot Warning dan Rear Cross Traffic Alert. Kamera 360 darjah Around View Monitor juga tersedia.

Serena S-Hybrid masih dikuasakan oleh enjin hibrid 2.0-liter Twin CVTC dengan motor elektrik ECO (Energy Control Motor) yang membantu membekalkan tork semasa kenderaan mula bergerak. Menurut Nissan, ini dapat mengurangkan beban enjin sekaligus meningkatkan kecekapan bahan api.

Previous post

Kilang Mazda Akan Menjadi Neutral Karbon Menjelang 2035

Next post

Teksi Tanpa Pemandu Hyundai IONIQ 5 RoboRide Pertama Bermula Di Daerah Gangnam

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *