Bisnes

Ssangyong Torres Dipersembahkan Selepas Pemilik Baharu, KG Consortium, Dipilih

Ssangyong bukan sahaja mempunyai pemilik baru, tetapi produk baharu juga.

Setahun yang lalu, Ssangyong Motor telah diisytiharkan muflis dan mahkamah Korea Selatan memberikan kelulusannya untuk dijual kepada pemilik baharu. Untuk beberapa lama, syarikat itu menyemak bakal calon dan menjelang Oktober 2021, jelas sekali bahawa Edison Motors Consortium muncul sebagai pembida pilihan. Semuanya kelihatan baik, dengan kemajuan yang stabil sehingga Januari 2022 apabila kontrak Pelaburan untuk Penggabungan & Pengambilalihan ditandatangani. Bagaimanapun, pada akhir Mac 2022, Ssangyong mengisytiharkan bahawa perjanjian itu telah gagal selepas Edison gagal mendepositkan baki hutang untuk pengambilalihan.

Ssangyong kini mengatakan bahawa KG Consortium (diketuai oleh gergasi keluli dan kimia Korea, KG Group) berkemungkinan besar akan mengambil alih pemilikan syarikat itu.

Ssangyong juga menyatakan bahawa keadaan semakin bertambah baik di syarikat itu, dengan produk EV baharu untuk dijual melalui kerjasama mereka dengan BYD dan operasi CKD baharu di Arab Saudi. Mereka juga berada di landasan untuk melancarkan SUV ‘J100’ baharu bulan ini. J100 pada mulanya dikhabarkan sebagai kenderaan elektrik, tetapi kini apabila produk itu telah diumumkan secara rasmi, beberapa perkara sudah lebih jelas.

Yang pertama ialah ia akan dijual di dalam negara pada mulanya sebagai Ssangyong Torres – papan nama baharu untuk syarikat kereta Korea Selatan itu. Perkara kedua ialah ia pada mulanya akan tersedia dengan penjana kuasa ICE tradisional – motor empat silinder pengecas turbo 1.5 liter yang mampu 168 hp dan tork 280Nm. Motor ini boleh menghantar kuasa ke roda hadapan atau keempat-empat roda melalui transmisi automatik konvensional 6-kelajuan yang diperoleh daripada Aisin.

Posisi Torres diletakkan di atas Ssangyong Korando dan mempunyai but yang lebih besar dengan sehingga 839L ruang tersedia. Ciri standard termasuk:

  • aloi 17-inch alloy dengan tayar 225/60R
  • cermin tepi dengan lampu isyarat LED, auto-folding, heating dan power adjustment
  • lampu luar LED penuh
  • Aero blade wiper
  • spoiler belakang
  • A-pillar high-gloss
  • acoustic windshield glass
  • tingkap pintu tinted
  • skid plates depan belakang
  • roof rack kosmetik
  • kluster 3-split wide digital instrument
  • electronic parking brake
  • 4 USB ports
  • air vent belakang
  • transmission knob kulit
  • upholsteri artificial leather
  • stereng manual tilting telescopic
  • paddle shifters
  • full auto air cond
  • 8-inch buttonless integrated control panel
  • ESP (ARP & HAS & ESS)
  • 7 airbags (depan, tepi, curtain, farside)
  • TPMS dan kit repair tayar
  • rear parking assistance warning
  • front vehicle departure warning (FVSW)
  • emergency braking assistance (AEB)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Careless Driving Warning (DAW)
  • Safe Distance Warning (SDW)
  • Multiple Collision Avoidance System
  • Front Seat Belt Pretensioner & Load Limiter ( 2nd row center excluded)
  • emergency escape kit
  • 12.3-inch Infotainment dengan 6 speakers

Pilihan termasuk:

  • safety sunroof
  • knee airbag
  • side step
  • side storage box
  • two-tone paintwork
  • interior colour choices (brown atau khaki)
  • pakej kerusi natural leather
  • smart tailgate
  • rim 18-inch atau 20-inch aloi
  • lampu kabus LED
  • solar control glass
  • ambient lighting
  • 2nd row sunshades
  • ventilated seat, driver’s seat 8way power seat, driver’s seat lumbar support, 2nd row heated seat
  • Smart Key
  • wireless Qi charging

Harga dari 26,900,000 won Korea Selatan (RM92,000 +/-).

Previous post

Audi 80 Pertama Debut 50 Tahun Lalu. Model Ini Kemudian Dinamakan 'A4'

Next post

Isuzu D-Max X-Terrain Kini Dengan 4 Ciri Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *