Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Kadar Harga Pengecasan Di Fasiliti BMW i Charging Didedahkan

BMW Group Malaysia telah mengumumkan struktur harga rasmi bagi kesemua fasiliti BMW i Charging yang terletak di pusat pengedaran BMW di seluruh negara.

Menerusi kerjasama yang dijalin dengan ChargEV, BMW Group Malaysia berjaya menawarkan akses ke atas sebuah rangkaian infrastruktur komprehensif yang terdiri daripada lebih 400 buah fasiliti pengecasan di Semenanjung Malaysia, serta Sabah dan Sarawak.

Pemilik EV berjenama BMW yang menggunakan fasiliti BMW i Charging boleh mendaftarkan diri sebagai ahli dengan bayaran RM240 setiap tahun untuk menikmati kadar pengecasan Bayar Bila Guna (Pay-Per-Use) yang istimewa, serta akses ke atas Pengecas AC secara percuma di seluruh negara.

Dengan aplikasi mudah alih chargEV, pengguna juga boleh menemukan fasiliti pengecasan yang terletak di lebih 250 buah lokasi di seluruh negara dan boleh menempah stesen pengecas yang diinginkan, mula dan hentikan pengecasan dari jauh, serta melihat status pengecasan kenderaan mereka dalam masa nyata. Para pengguna boleh melayari https://chargenow.chargev.my/ untuk mendaftar keahlian chargEV.

Struktur harga Bayar Bila Guna bagi pengecasan yang dibuat di mana-mana pusat pengedaran BMW disenaraikan di bawah adalah seperti berikut:

Pengecas pantas DC yang bertanda asterisk (*) dikonfigurasikan kepada dua nozzle pengecasan. Kadar yang dinyatakan adalah secara berasingan untuk setiap nozzle pengecasan individu. Pengguna dinasihatkan untuk merujuk lajur spesifikasi masing-masing untuk output kuasa setiap nozzle pengecasan individu (30kW/ 45 kW/ 60kW/ 75kW/ 90kW).

Previous post

Wuling Jia Chen Dilancarkan Di China Pada Harga RM45k-RM65k

Next post

Perodua Alza Baharu Dibuka Untuk Tempahan - Harga Dari RM62k

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *