Berita Auto

Jualan UMW Toyota Motor Mencecah 7,579 Unit Pada Mei

UMW Toyota Motor Sdn Bhd mencatatkan jualan sebanyak 7,442 unit bagi kereta jenama Toyota dan 137 unit bagi Lexus pada Mei 2022. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kenderaan yang dijual pada tahun ini sebanyak 36,792 unit, menunjukkan peningkatan sebanyak 9% berbanding tahun lalu (34,026 unit).

Menurut UMW Toyota, jumlah jualan sebanyak 7,579 unit itu lebih tinggi berbanding 6,946 unit yang dicatatkan pada April 2022.

Peningkatkan ini dicapai meskipun jualan kenderaan di negara ini dijangka perlahan sepanjang tahun berikut masalah kekurangan semikonduktor di peringkat global yang menyukarkan pengeluar meningkatkan produksi mereka untuk memenuhi permintaan.

Di samping itu, penyambungan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) selepas Jun 2022 juga akan menjejaskan jualan. Bagaimanapun, mungkin ada pelanggan yang ingin mengambil kesempatan ke atas penetapan harga sebelum pelaksanaan semula SST dan ini dijangka dapat membantu meningkatkan jualan.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata syarikat benar-benar menghargai sokongan yang diterima daripada pelanggan.

“Adalah menjadi polisi kami untuk mengutamakan pelanggan dan kami sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada ramai peminat Toyota dalam masa tidak menentu ini,” tambah beliau.

Bagi meneruskan promosi bulanan, UMW Toyota menawarkan manfaat bernilai RM4,000 kepada peminat Yaris dan Vios, di samping penjimatan pertengahan tahun, serta rebat tunai dan penjimatan cukai jualan.

Previous post

Ferrari 296 GTB Menang Anugerah Reka Bentuk Kereta 2022

Next post

Mengapa Kita Ada 33.3 Juta Kereta Berbanding 32.6 Juta Penduduk

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *