Bisnes

Jualan Proton Meningkat 10.8% Kepada 9,792 Unit Pada Mei

Proton mengumumkan prestasi jualan bagi bulan Mei 2022, di mana syarikat itu mencatatkan jualan sebanyak 9,792 unit bagi pasaran tempatan dan eksport, menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8% berbanding April 2022 dan 3.7% berbanding Mei 2021.

Menurut Proton, peningkatan jualan tersebut adalah disebabkan oleh syarikat berjaya meningkatkan pengeluaran dengan mengatasi isu bekalan komponen.

Berbanding dengan pasaran automotif secara keseluruhan pula, Proton kekal di tangga kedua dengan anggaran pegangan pasaran semasa sebanyak 19.6% manakala jumlah pegangan pasaran tahunan
(YTD) dianggarkan berada pada 17.1%.

Proton X50 terus menguasai pasaran SUV selepas 2,779 unit didaftarkan pada bulan Mei, sekaligus membolehkan ia menyandang kedudukan pertama bagi SUV segmen-B dan juga segmen SUV secara keseluruhan. Dua lagi model Proton yang kekal di tempat pertama dalam segmen masing-masing adalah X70 dan Exora dengan jualan sebanyak 692 unit dan 387 unit.

Proton X50 Pandu Uji

Model paling laris Proton iaitu Saga berjaya mencapai 3,996 unit pada bulan Mei, menempatkan ia di tangga kedua bagi sedan segmen-A. Menurut syarikat itu, lebih 12,000 tempahan telah diterima untuk model baharu yang dilancarkan pada 12 Mei lalu.

Saga juga menunjukkan prestasi yang memberangsangkan di pasaran eksport dengan jualan sebanyak 1,482 unit setakat in, menunjukan penambahan sebanyak 71% berbanding tahun lalu. Untuk bulan Mei, jumlah eksport adalah sebanyak 513 unit, naik 12.5% berbanding bulan sebelumnya, manakala jualan keseluruhan tahunan sebanyak 2,086 unit adalah penambahan sebanyak 47% berbanding tempoh yang sama pada 2021.

Bagi lima bulan pertama tahun ini, Pakistan kekal sebagai pasaran eksport terbesar dengan 1,350 unit diikuti oleh Mesir dan Brunei dengan 172 dan 158 unit.

“Peningkatan jualan Proton pada bulan Mei disebabkan Syarikat menaikkan jumlah pengeluaran untuk mengejar permintaan pasaran. Sama dengan semua jenama industri automotif, kami masih berusaha untuk mendapat bekalan komponen supaya boleh memenuhi tempahan yang tertunggak dan oleh itu, Proton amat menghargai kesabaran pelanggan yang tetap memberi sokongan kepada kami,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Pegawai Eksekutif, Proton.

Previous post

Edisi Terhad Polestar 2 BST Edisi 270 Diluluskan Untuk Pengeluaran

Next post

Toyota Corolla Cross Hibrid Amerika Dipersembahkan Dengan Enjin 2.0L

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *