Berita Auto

Jaguar F-Pace R-Dynamic P-250 Dilancarkan Di Malaysia

Hanya dua minggu selepas membawa masuk XF facelift, Jaguar Land Rover Malaysia kini melancarkan pula F-Pace model tahun 2022 ke pasaran tempatan. SUV mewah itu dijual pada harga RM598,800 termasuk SST, tanpa cukai, pendaftaran dan insurans.

Untuk pasaran Malaysia, F-Pace facelift ini ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu 2.0L R-Dynamic. Ia dikuasakan oleh enjin petrol Ingenium yang menghasilkan 250 PS dan 365 Nm, membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 7.3 saat.

Penampilan F-Pace telah diberi nafas segar menerusi bonjol bonet yang lebih menyerlah, lampu LED yang 10 mm lebih langsing berbanding sebelum ini, lampu nyalaan siang dengan grafik signatur Double J, serta tailgate dan bampar belakang yang direka semula untuk membuatkan model ini kelihatan lebih lebar.

Di dalam, kokpit diberi rekaan baharu dengan fokus terhad pemandu, manakala penggunaan warna lembut dengan kemasan dua tona memberikan suasana kabin yang lebih luas. Dari segi kelengkapan, terdapat tombol gear baharu dengan jahitan ala bola kriket, skrin sentuh HD melengkung berukuran 11.4 inci yang menampilkan sistem infohibur Pivi Pro, Apple CarPlay dan Android Auto, serta pengecas wayarles.

Selain itu, F-Pace juga didatangkan dengan teknologi Active Road Noise Cancellation, Driver Condition Monitor, Emergency Braking, Lane Keep Assist, Cruise Control dan Speed Limiter. Mod pemanduan yang tersedia adalah Comfort, Eco, Rain-Ice-Snow dan Dynamic.

Turut disertakan pada model ini adalah ciri Configurable Dynamics yang membolehkan pemandu memilih respon enjin, tindak balas kotak gear dan stereng yang sesuai dengan gaya pemanduan masing-masing.

Previous post

Mercedes-AMG A 35, GLA 35 Kini Dipasang Secara Tempatan

Next post

Mazda CX-8 Kemas kini 2022 Dilancarkan Dengan Pilihan Turbo Petrol 2.5L

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *