Berita Auto

Hap Seng Star Buka Mercedes-Benz Autohaus Di Setia Alam

Mercedes-Benz Malaysia dan Hap Seng Star baru-baru ini melancarkan Mercedes-Benz Autohaus di Setia Alam. Outlet terbaharu ini menampilkan pelbagai penambahbaikan dan naik taraf bagi memberikan pengalaman yang mewah kepada pelanggan.

Dengan pelaburan mencecah RM99 juta, Hap Seng Star Setia Alam Autohaus diuruskan oleh 29 kakitangan dan terletak di dalam bangunan tujuh tingkat dengan kawasan berkeluasan hampir 79,000 kaki persegi.

Outlet ini menampilkan bilik pameran berukuran 11,526 kaki persegi yang mampu memuatkan sehingga 16 buah kenderaan pada satu-satu masa, serta pelbagai kemudahan termasuk cafe layan diri, bilik bermain kanak-kanak dan juga bilik solek wanita. Ia juga mempunyai butik koleksi dan aksesori mewah Mercedes-Benz.

Sementara itu, pusat servisnya pula mempunyai ruang kerja berukuran 29,549 kaki persegi dan boleh menyelenggara sehingga 1,500 buah kenderaan sebulan. Servis penyelenggaraan dan pembaikan dilakukan oleh juruteknik terlatih yang dilengkapi dengan peralatan lengkap yang diiktiraf oleh Mercedes-Benz.

Perkhidmatan lain yang ditawarkan termasuk Express Service 2.0, pengambilan dan penghantaran, tempahan janji temu servis ‘drop-and-go’, penjajaran dan pengimbangan tayar, diagnosis dan pembaikan elektrikal, cat, serta tuntutan insurans dan waranti.

Secara keseluruhannya, Hap Seng Group telah melaburkan sebanyak RM673 juta setakat ini, termasuk RM99 juta ke atas Setia Alam Autohaus. Syarikat itu mempunyai Autohaus di 10 lokasi di Semenanjung Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Kinrara, Balakang, Jalan Ipoh, Bukit Tinggi, Setia Ala, Melaka dan Iskandar Johor.

Di Malaysia Timur pula, Hap Seng Group memiliki cawangan di Kuching dan Kota Kinabalu. Syarikat itu juga mengoperasikan pusat pra-milik di Kinrara dan Body & Paint di Shah Alam.

Previous post

Pandu Uji: Peugeot 2008 1.2L PureTech Allure

Next post

Toyota Veloz 1.5 AT Kini Boleh Ditempah - Harga RM95,000

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *