Motosikal / Lain Lain Roda

EMOS Tambah 7 Lagi Wakil Pusat Servis Kawasaki

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) yang juga pengedar eksklusif baharu motosikal Kawasaki, telah menambah wakil pusat servisnya di bahagian Sabah, wilayah Tengah dan Utara negara, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 20.

EMOS melalui wakil pusat servis, akan terus mengedar dan menyediakan perkhidmatan selepas jualan, alat ganti dan aksesori untuk model Kawasaki di Malaysia sehingga diberitahu kelak. Oleh yang demikian, pertanyaan berkenaan alat ganti dan perkhidmatan teknikal termasuk panggilan semula (recall) boleh dirujuk di wakil pusat servis Kawasaki yang sah seperti yang disenaraikan di bawah.

Bukan itu sahaja, syarikat itu juga akan memperkenalkan model terbaharu daripada barisan Kawasaki dan melancarkan bilik pameran eksklusif jenama motosikal itu secara berperingkat.

“Kami berbesar hati dengan adanya KMSB Solutions sebagai salah satu daripada wakil pusat servis sah bagi wilayah Tengah, pastinya bekas pengedar motosikal Kawasaki ini lebih berpengetahuan dan berpengalaman dalam mengendalikan model-model jenama ini. Dengan ini kami dapat memastikan kesinambungan yang berterusan dalam memenuhi keperluan dan jenama Kawasaki di seluruh negara,” kata Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif Modenas.

Kashiwagi Yusaku, Ketua Pegawai Pemasaran Modenas berkata, “Pelantikan tujuh (7) wakil pusat servis sah baharu menunjukkan penerimaan rakan kongsi perniagaan kami untuk meneruskan perkhidmatan dan pemasaran jenama Kawasaki di Malaysia. Untuk menamatkan fasa pertama rancangan Syarikat dan komitmen kami terhadap pangkalan pelanggan yang sedia ada dan berkembang di Malaysia, EMOS bersedia untuk mewujudkan rangkaian wakil pusat servis sah Kawasaki yang lebih luas di seluruh negara dengan 20 lagi tambahan baharu menjelang tahun depan.

Bagi memenuhi keperluan pelanggan Kawasaki di seluruh negara, senarai pengedar yang sah akan sentiasa dikemas kini di laman web rasmi, https://www.kawasaki.com.my/home/. Untuk pertanyaan, pemilik motosikal Kawasaki boleh menghubungi Talian Bebas Tol Kawsaki di 1-800-880-008 atau WhatsApp Kawasaki Careline di +6019-570 8135.

Previous post

Proton Mula Eksport X50, X70 Dan Saga Ke Afrika Selatan

Next post

Fiat Komited Untuk Jual Elektrik 100% Di UK Mulai Julai 2022

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *