Berita Auto

Kereta Peugeot Kini Didatangkan Dengan Waranti, Penyelenggaraan Percuma Selama 5 Tahun

Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) mengumumkan bahawa semua kenderaan baharu Peugeot yang dijual di Malaysia kini didatangkan dengan waranti dan pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun. Pakej baharu ini tertakluk kepada semua model Peugeot yang ditawarkan oleh BAASB iaitu 2008, 3008 dan 5008.

Pakej penyelenggaran percuma berkenaan menawarkan penyelenggaran berkala yang diluluskan daripada pengeluar dan termasuk kos buruh, alat ganti dan pelincir.

Peugeot 2008

BAASB menerusi satu kenyataan berkata ia komited untuk meningkatkan pengalaman pemilikan Peugeot dan memberikan ketenangan minda kepada pemilik menerusi pengenalan warranti dan pakej penyelenggaraan baharu tersebut.

Untuk lebih kemudahan, pemilik Peugeot boleh melawat laman web customer.peugeot.com.my untuk membuat janji temu servis secara dalam talian. Mereka juga boleh menggunakan laman web itu untuk mendapatkan maklumat penting seperti perincian kenderaan dan waranti serta mencari pusat servis atau bilik pameran terdekat.

Peugeot 3008, 5008

Untuk maklumat lanjut, pelanggan juga boleh menghantar emel kepada Puegeot Customer Support di customersupport@baasb.com.my atau menghubungi talian 03-7627 8818.

Akhir sekali, seperti yang diumumkan sebelum ini, pelanggan digalakkan untuk mengemaskini maklumat mereka di https://baasb.com.my/Peugeot/index.html. Ini bagi membolehkan pihak BAASB untuk memeriksa maklumat waranti dan memaklumkan pelanggan mengenai panggilan semula.

Previous post

ORA Ballet Cat Adalah Apa Yang Volkswagen Patut Lakukan Kepada Beetle Dulu

Next post

Land Rover Defender 130 Baharu Didedahkan Dengan 8 Tempat Duduk

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *