Bisnes

Beli, Jual Kereta Volkswagen Terpakai Menerusi Das WeltAuto

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan bahawa ia telah meningkatkan program Das WeltAuto dalam usaha memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan yang ingin membeli kereta terpakai Volkswagen.

Pertama, laman web telah ditambah baik dengan susun atur yang lebih minimalis, manakala antara mukanya diubah suai untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Pelbagai ciri baharu juga telah diperkenalkan untuk memberi lebih banyak kemudahan.

Aspek yang paling ketara ialah para pemilik boleh menjual kereta Volkswagen masing-masing kepada pengedar sah menerusi fungsi ‘Sell Your Car’. Ciri ini melengkapkan ekosistem Das WeltAuto yang kini menyediakan kemudahan pembelian dan penjualan kereta Volkswagen terpakai yang diperakui di dalam satu platform.

Proses ‘Sell Your Car’ adalah mudah dan ringkas kerana pemilik hanya perlu menghantar perincian kereta menerusi laman web. Kemudian, pengedar akan menguruskan pemeriksaan percuma sama ada di rumah atau di lokasi sebelum tawaran yang kompetitif dibuat. Tawaran sokongan penukaran yang menarik juga ada disediakan apabila pelanggan menjual kereta terpakai mereka dan ingin membeli model terkini Volkswagen.

Satu lagi ciri menarik ialah bahagian ‘Nearly New Cars’ yang menyenaraikan kereta-kereta dengan perbatuan kurang 12,000 km dan tarikh pendaftaran dalam tempoh setahun.

Das WeltAuto merupakan program kereta terpakai Volkswagen yang menawarkan pelanggan kereta terpakai yang telah disahkan dan boleh dipercayai kerana ia disokong oleh standard, proses dan pengetahuan global. Melalui Das WeltAuto, pelanggan akan menerima tahap ketelitian yang sama seperti membeli sebuah kereta baharu.

Semua model yang diterima untuk tujuan tukar beli (trade-in) akan menjalani 133 pemeriksaan terperinci dan menyeluruh yang dilakukan serta disahkan oleh juruteknik Volkswagen. Ketenangan minda adalah dijamin kerana semua kereta Das WeltAuto dipasang dengan alat ganti tulen, tidak terlibat dalam kemalangan dan banjir, selain hadir dengan bukti penyelenggaraan lengkap di pusat-pusat servis sah Volkswagen. Kereta juga didatangkan dengan jaminan lanjutan selama setahun dan bantuan tepi jalan selama 12 bulan.

Dilancarkan di Malaysia pada tahun 2019, Das WeltAuto boleh didapati di sepuluh pengedar: Volkswagen Puchong, Volkswagen Tebrau, Volkswagen Skudai, Volkswagen Gombak, Volkswagen Juru, Volkswagen Alor Setar, Volkswagen Seremban, Volkswagen Glenmarie, Volkswagen Ipoh dan Volkswagen Melaka.

Previous post

Honda Motorcycle Thailand Jalin Usaha Sama Dengan Foodpanda

Next post

Harga Maserati Grecale Dianggar Dalam Lingkungan RM499,000 Dengan Cukai Berbayar

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *