Undang - Undang

Thailand Wajibkan Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

Thailand akan menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) untuk kenderaan persendirian bermula 5 September tahun ini.

Menurut laporan Bernama, pindaan Akta Trafik Darat menetapkan kanak-kanak di bawah umur enam tahun wajib menggunakan CRS untuk mengelakkan kecederaan.

Di bawah pindaan undang-undang itu, pemilik kenderaan dibenarkan menggunakan CRS berharga antara 600 hingga 700 baht (RM75 hingga RM90) berbanding CRS yang harganya melebihi 10,000 baht (RM1,260) setiap satu.

Selain itu, Thailand akan mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar untuk pemandu dan semua penumpang depan dan belakang. Mereka yang gagal mematuhi peraturan ini boleh didenda maksimum 2,000 baht (RM250).

Bagaimanapun, pemandu, penumpang dan kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan dikecualikan daripada penggunaan tali pinggang keledar, tetapi mesti mengambil langkah alternatif untuk mengelakkan kecederaan jika berlaku kemalangan.

Pindaan itu diterbitkan dalam Warta Diraja dan berkuat kuasa pada 5 September.

Sementara itu, Pengerusi Rangkaian Serantau Asia-Pasifik Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengenai Keselamatan Jalan Raya, Nikorn Chamnog menggesa pihak berkuasa untuk meningkatkan kesedaran dan panduan mengenai penggunaan CRS.

Nikorn berkata, Thailand mengkaji pengunaan CRS di Malaysia dan Filipina namun mendapati pelaksanaanya pada fasa awal sukar kerana harga CRS yang mahal.

Justeru, beliau menggesa kerajaan menurunkan cukai import CRS dan mempromosikan produk tempatan.

Sementara itu di Malaysia, penggunaan CRS diwajibkan mulai Januari 2020.

Previous post

SUV Chery Tiggo 8 Pro Akan Tiba Di Malaysia Tahun Ini

Next post

UMW Toyota Motor Jual 6,946 Unit Kenderaan Pada April 2022

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *