Berita AutoUndang - Undang

Polis Kedah Keluarkan 13,024 Saman Sepanjang Op Selamat 18

Polis Kedah mengeluarkan sebanyak 13,024 saman sepanjang Op Selamat 18 yang dijalankan selama enam hari bermula 29 April lalu bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kedah Supt Mohd Mahiri Hussin, sebanyak 9,413 saman dikeluarkan atas kesalahan memandu melebihi had kelajuan, manakala selebihnya adalah untuk pelbagai jenis kesalahan trafik.

Bercakap kepada Bernama, Supt Mahiri berkata sebanyak 660 kemalangan jalan raya direkodkan sepanjang operasi selama enam hari itu, menunjukkan peningkatan sebanyak 135 kes berbanding tempoh yang sama semasa Op Selamat 15 pada 2019.

polis, pdrm

Tambah beliau lagi, jumlah kemalangan maut yang direkodkan adalah sebanyak sembilan kes, diikuti dengan lima kes kecederaan serius dan 42 kes kecederaan ringan.

Supt Mahiri berkata kes kemalangan maut tersebut melibatkan lima penunggang motosikal, satu pembonceng, satu pemandu lori, satu penumpang kereta dan satu pejalan kaki.

“Kes kemalangan maut banyak melibatkan penunggang motosikal, jadi saya ingin memberi peringatan kepada mereka supaya jangan berlumba dan menunggang motosika mereka secara berbahaya. Pengguna jalan raya yang lain digesa untuk memandu secara berhemah dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelak dari kemalangan atau tindakan undang-undang,” kata beliau.

Previous post

Hyundai i30 N Drive-N Model Edisi Terhad Untuk Eropah Sahaja

Next post

Ferrari SP48 Unica Model One-Off Terbaharu Dari Maranello

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *