Berita Auto

Mengapa Ada SUV Ferrari Yang Sedang Dihasilkan

Fakta! Jutawan global mahu memandu SUV Ferrari dan Ferrari mahu buat lagi banyak duit.

Ianya adalah satu fakta yang sudah diketahui bahawa Ferrari menikmati margin keuntungan tertinggi bagi setiap kereta yang dijual berbanding semua pengeluar kereta lain.

Dengan setiap model baharu yang dilancarkan terdapat senarai menunggu dan dengan beberapa kereta edisi khas, anda perlu ‘dijemput’ untuk membeli kereta tersebut. Jadi, jika anda seorang ahli politik yang bengkok atau ahli perniagaan yang agak tidak lurus anda tidak akan dapat membeli Ferrari anda dari kilang ini mengikut citarasa Ferrari edisi khas anda, sebaliknya anda perlu membelinya di pasaran kereta terpakai dan membayar premium yang tinggi.

Ferrari-SUV_front-2.2

Jadi, kenapa tidak Kenderaan Utiliti Sukan/Sports Utility Vehicle (SUV) di bilik pameran Ferrari? Apabila Porsche memutuskan untuk membina SUV Cayenne, jumlah respons negatif yang sama datang dari kesemua peminat Porsche. Tetapi hanya beberapa bulan selepas pelancarannya, ia adalah satu kejayaan jualan dan Cayenne adalah kenderaan yang menyediakan talian hayat kepada jenama Porsche yang sedang bergelut pada masa itu.

Hari ini, Porsche terus menjual lebih banyak SUV Cayenne serta SUV Macan dan Cayenne Coupe yang dilancarkan baru-baru ini berbanding semua kereta sport terbaik mereka. Taycan EV mungkin akan menjadi penjual terbaik seterusnya.

Malah pengeluar kereta sport tegar Lamborghini membina SUV dan ia menjual lebih dari semua model lain secara kolektif di semua pasaran. Jangan lupa Bentley dan Rolls Royce yang menolak imej SUV untuk sedan elegan dan coupe besar. Hari ini, Rolls Royce Culinan, yang besar dan macam kotak, terjual lebih baik daripada yang dijangkakan dan Bentley Bentayga yang sama besar dan macam kotak terjual lebih baik daripada sedannya.

Hampir terlupa tentang jenama kereta kegemaran 007, Aston Martin. Pengeluar kereta yang pernah dibanggakan ini mempromosikan SUV pertamanya lebih daripada kereta sportnya malah ia menjalankan perlumbaan F1 untuk menunjukkan pengendalian dan penghantaran kuasanya. Aston Martin DBX mungkin merupakan SUV super mewah yang paling lawa buat masa ini dan menjadi tumpuan di setiap perlumbaan F1.

Ferrari-SUV_rear-2.1

Jadi, sudah tiba masanya untuk Ferrari membawa ke pasaran SUV mereka. Walau apa pun enjin yang akan digunakan oleh SUV Ferrari ini, reka bentuk, nama (dikhabarkan adalah ‘Purosangue’ dan ramai yang akan menyebutnya salah) dan harga jualannya, SUV Ferrari ini akan mempunyai senarai menunggu yang panjang daripada tarikh pelancaran selama kira-kira 2 hingga 3 tahun.

Ya, SUV Ferrari ini akan dibeli oleh hampir setiap pemilik Ferrari (anda mungkin perlu menjadi pemilik berulang dengan lebih daripada 2 Ferrari di dalam garaj anda).

Pemilik dua atau lebih Ferrari akan mahu ini di garaj mereka untuk perjalanan harian mereka atau untuk isteri atau teman wanita, untuk mengelak daripada kena membebel tentang fetish kereta sukannya.

SUV Ferrari akan menjadi kenderaan ‘mesti ada’ bagi setiap pemilik Ferrari ‘baharu’ Asia untuk bersaing dengan ‘jiran’.

SUV Ferrari ini hanya akan dibenci oleh pemilik Lamborghini Urus dan Aston Martin DBX. Juga, orang biasa yang tidak mampu untuk membelinya.

Sementara itu, jangan terkejut bila dalam masa terdekat sebuah SUV McLaren pula dilancarkan. Masa depan yang sangat dekat. Jika Lotus Cars boleh memiliki SUV (Eletra) kenapa tidak McLaren Cars?

Previous post

BYD Seal Merupakan Sedan Elektrik Dengan Bahagian Dalaman Berinspirasikan 'Ocean'

Next post

Tempoh Menunggu Porsche Taycan Adalah Lebih 13 Bulan Di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *