Berita Auto

Golongan T20 Nikmati Sebahagian Besar Subsidi Petroleum

Menteri Kewangan, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata subsidi yang diperuntukkan oleh kerajaan lebih banyak dinikmati oleh golongan T20 ketika ini. Ini termasuk subsidi petroleum yang berjumlah RM4 bilion setakat Mac tahun ini.

Bercakap kepada Astro Awani, Tengku Zafrul berkata hal ini disebabkan subsidi yang disalurkan kerajaan bersifat menyeluruh dan memanfaatkan semua lapisan masyarakat.

“Setiap RM1 subsidi bahan api, 53 sen pergi kepada golongan T20 manakala 15 sen dimanfaatkan oleh B40. Jadi, contohnya subsidi tahun ini dijangka melebihi RM30 bilion dan lebih RM15 bilion itu adalah subsidi kepada T20,” katanya dalam temu ramah Ekonomi Malaysia Suku Pertama 2022.

Sehubungan itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan sedang mengkaji semula mekanisme pemberian subsidi elektrik dan petrol supaya ia lebih bersasar dan menumpukan kepada golongan rentan. Ini bagi mengurangkan ketirisan dan memastikan sumber negara ditumpukan untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

“Pada Februari 2021, subsidi produk petroleum yang ditanggung oleh kerajaan hanya RM200 juta. Namun, menjelang Januari 2022, ianya adalah RM2 bilion dan pada Mac pula sudah lebih RM4 bilion.

“Manakala untuk subsidi elektrik pada separuh tahun pertama 2022, kerajaan mengekalkan tarif elektrik untuk semua kediaman iaitu besar dan kecil dengan kos subsidi lebih kurang RM700 juta.

“Kerajaan sedang kaji cara penyelarasan, di mana kita telah buat sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dan bawa kepada Kabinet dalam masa terdekat. Yang penting data yang ada dan juga cara kita nak guna platform apa untuk pastikan golongan kita sasarkan dapat bantuan kerajaan,” tambah beliau.

Previous post

BMW Group Malaysia Cari Jentera BMW M Tertua Di Negara Ini

Next post

MPV Mewah Denza D9 Dilancarkan Di China - Harga Dari RM217k

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *