Undang - Undang

Dua Polis Trafik Iring Kereta Anak Ahli Parlimen Disiasat

Utusan Malaysia melaporkan bahawa Polis Pulau Pinang telah membuka satu kertas siasatan tatatertib terhadap dua anggota polis trafik yang dirakam mengiringi kenderaan orang awam pada Sabtu, 7 Mei lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan salah laku berkenaan.

Datuk Mohd. Shuhaily menerusi satu kenyataan berkata video tular berdurasi 20 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun ‘anwarazeez’ itu dikesan pada Sabtu kira-kira pukul 8.36 malam.

”Rakaman video tersebut memaparkan seorang lelaki memandu sebuah kenderaan dan diiringi oleh anggota trafik menggunakan motosikal milik PDRM di Jalan Bukit Gambir. Pihak PDRM Pulau Pinang mengesahkan berkenaan kejadian yang berlaku,” tambahnya.

Menerusi klip video berkenaan yang dimuat naik menerusi Facebook, kelihatan dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak Ahli Parlimen.

Traffic-Police-PDRM-polis-trafik-photo-by-Rivarix-3.0
Gambar hiasan

Paparan video berkenaan mendapat kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan individu berkenaan yang menggunakan khidmat anggota polis trafik bagi meredah kesesakan di Pulau Pinang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menyarankan agar kerajaan memansuhkan khidmat outrider polis (polis pengiring) kepada menteri, timbalan menteri dan wakil rakyat.

Steven melalui akaun Facebook miliknya menyifatkan perkhidmatan itu sebagai satu pembaziran terhadap tenaga kerja PDRM.

“Sudah tiba masanya kita mansuhkan khidmat outrider polis kepada menteri, timbalan menteri dan wakil rakyat.

“Menteri, timbalan menteri dan wakil rakyat, jauh lagi kaum kerabat mereka, semuanya bukan raja,” kata beliau.

Previous post

Jualan Proton Jatuh 32.2% Kepada 8,839 Unit Pada April 2022

Next post

Kymco Lancar Perkhidmatan Penukaran Bateri E-Skuter Di Itali

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *