Bisnes

Continental Tyre, Castrol Tawar Program Kesetiaan Pelanggan Di Malaysia

Continental Tyre Malaysia dan Castrol Malaysia telah menandatangani satu memorandum persefahaman bagi menerokai inisiatif bersama di seluruh negara.

Kedua-dua syarikat itu menyasarkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka di negara ini dengan memanfaatkan rangkaian pengedar, penawaran, dan kepakaran luas masing-masing bagi menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi, memberikan kemudahan dan pengalaman yang serba lengkap.

Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova berkata, “Terdapat permintaan kukuh bagi kedua-dua jenama dan produk kami di dalam pasaran di kalangan pemilik kenderaan premium, dan peluang besar untuk kami bekerjasama dengan menggabungkan penawaran kami bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami. Kami yakin bahawa dengan perkhidmatan dan kecemerlangan kedua-dua jenama ini sejak sekian lama di dalam pasaran, kami akan terus menjadi jenama pilihan dalam penyelenggaraan automotif.”

Pengarah Jualan Pasaran Castrol Malaysia & Singapura, Gan Wee Kiong menambah, “Kerjasama ini adalah bukti komitmen kedua-dua jenama ke arah keselamatan dan kepuasan hati pelanggan sambil kami bergabung tenaga ke arah mengukuhkan lagi kedudukan jenama kami di Malaysia. Menerusi gabungan kepakaran kami yang menyokong peluang baru, kami akan terus memimpin dan berinovasi bagi memastikan kami sentiasa menjadi peneraju pasaran global dalam hal perkhidmatan dan penyelenggaraan.”

Di bawah kerjasama yang dicadangkan itu, kedua-dua pihak akan menawarkan gabungan program kesetiaan pelanggan kepada para pemilik kenderaan di Malaysia di mana mereka boleh menikmati pelbagai tawaran, insentif, penebusan dan ganjaran.

Kedua-dua jenama turut berusaha ke arah mewujudkan kerjasama yang bakal menyaksikan penubuhan kedai jenama bersama di seluruh negara dengan rancangan untuk pengembangan dan pertumbuhan.

Previous post

Harga Kereta Dijangka Naik Akibat Nilai Ringgit Yang Lemah

Next post

SUV Chery Tiggo 8 Pro Akan Tiba Di Malaysia Tahun Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *