Hibrid, Elektrik, Hidrogen

BMW i4 M50 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – RM430,800

Bersempena dengan ulang tahun BMW M yang ke-50 baru-baru ini, BMW Malaysia telah mengumumkan ketibaan model kenderaan elektrik (EV) pertama yang memakai logo M iaitu i4 M50.

Selaras dengan sambutan ulang tahun divisyen itu, i4 M50 untuk pasaran Malaysia didatangkan standard dengan logo 50 tahun BMW M. Penampilan sporty model ini diserlahkan lagi menerusi kit abdan M Aerodynamics, spoiler belakang M dan diffuser berwarna hitam.

Sementara itu, ruang dalamannya dihiasi dengan trim interior M berserta kemasan gentian karbon, pelapik bumbung anthracite, tempat duduk depan M Sport, tali pinggang keledar M, panel instrumen Sensatec dan bumbung kaca elektrik. Ciri BMW IconicSounds Electric menjana ‘bunyi enjin’ M yang sporty.

i4 M50 dikuasakan oleh dua buah motor elektrik – satu pada setiap gandar – yang menghasilkan kuasa keseluruhan berjumlah 544 hp dan 795 Nm dalam mod Sport Boost. Konfigurasi ini membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.9 saat dan mencapai kelajuan maksimum 225 km/j. Jarak pemanduan pula adalah sekitar 510 km berdasarkan kitaran WLTP.

Untuk pengecasan, model ini mengmabil masa 8 jam 15 untuk untuk mencapai pengecasan penuh menerusi pengecas AC 11 kW. Sistem pengecas pantas DC berkapasiti 200 kW pula boleh mengecas bateri dari 10% hingga 80% dalam tempoh 31 minit sahaja.

Sistem keselamatan merangkumi Acoustic Protection for Pedestrians, Active Protection for Pedestrians, Driving Assistant Professional, Parking Assistant Plus dan Active Protection.

i4 M50 boleh didapati dalam warna Mineral White, Black Sapphire, M Brooklyn Grey, M Portimao Blue dan Sanremo Green. Upholsteri bahagian dalaman pula disediakan dalam kulit Vernasca berwarna hitam dengan sulaman berkontras biru dan kulit Vernasca dalam warna Cognac.

Harga jualan i40 M50 adalah RM430,800 termasuk pakej servis dan pembaikan, serta cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Previous post

VinFast Pindah Ibu Pejabat Ke Singapura Untuk Eksport Pertama

Next post

Tiga Kenderaan Yang Paling Dicuri Di Amerika

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *