Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha Y16ZR WGP 60th Anniversary Edition Dilancarkan

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) secara rasminya melancarkan model edisi terhad Yamaha Y16ZR WGP 60th Anniversary Edition. Hanya 5,000 unit akan ditawarkan di pasaran Malaysia dan ia dijual pada harga RM11,688 setiap satu.

Setiap pembelian didatangkan dengan set kotak premium yang mengandungi sijil penghargaan, tumbler premium World GP 60th Anniversary, pin edisi terhad dan juga rantai kunci.

Dihasilkan bagi meraikan 60 tahun kecemerlangan Yamaha dalam World GP, Y16ZR WGP 60th Anniversary Edition tampil dengan livery ikonik berwarna merah dan putih, emblem khas 60th Anniversary Edition dan juga rim dalam warna keemasan.

Y16ZR dikuasakan oleh enjin empat lejang SOHC bersesaran 155 cc dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) yang menghasilkan 17.7 hp pada 9,5000 rpm dan 14.4 Nm pada 8,000 rpm. Enjin itu dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Seperti kebanyakan model-model baharu Yamaha, Y16ZR turut dilengkapi dengan klac Assist & Slipper yang membantu mengurangkan tahap beban klac, di samping memudahkan penunggang menurunkan gear.

Selain model edisi terhad ini, HLYM turut menawarkan koleksi pakaian World GP 60th Anniversary menerusi kedai dalam talian Genblu Online Shop.

Previous post

Kemas Kini Perisian OTA Dalam Model Terkini Volvo Malaysia

Next post

Honda City Hatchback RS e:HEV Dipandu Uji Di Langkawi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *