Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Volvo Car Malaysia Umum Harga XC40 Recharge – RM262,459

Volvo Car Malaysia telah mengumumkan harga rasmi Volvo XC40 Recharge Pure Electric yang dilancarkan ke pasaran baru-baru ini iaitu RM262,459.75. Crossover elektrik itu kini boleh dipesan secara dalam talian di laman sesawang rasmi www.volvocars.com/my.

Pelancaran XC40 Recharge Pure Electric merupakan detik penting bagi Volvo Car Malaysia kerana ia menjadi jenama kereta mewah pertama di negara ini yang membuat pemasangan tempatan EV dalam bentuk unit CKD.

Dengan keupayaannya untuk memasang kenderaan elektrik penuh (EV) melalui kilang pemasangan tempatannya sendiri, Volvo Car Malaysia tidak lama lagi akan turut mengeksport kenderaan elektrik sepenuhnya ke pasaran di rantau ASEAN.

Dibangunkan berasaskan SUV premium kompak XC40, versi Recharge Pure Electric ini dikuasakan oleh motor elektrik berkembar dengan pacuan semua roda elektrik sepenuhnya yang menawarkan jarak perjalanan sehingga 418 km dengan sekali cas.

Harga yang diumumkan itu merangkumi:

  • kabel pengecas kereta
  • pakej perkhidmatan (tahun/km)
  • waranti kenderaan selama lima tahun
  • waranti bateri HV selama lapan tahun
  • bantuan tepi jalan selama lima tahun

Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, berkata: “Pelancaran ini menjadi asas kepada kami untuk tampil sebagai jenama kereta elektrik mewah terkemuka di negara ini. Bagi menyokong hasrat ini, kami komited untuk melancarkan kenderaan elektrik baharu setiap tahun dalam tempoh lima tahun akan datang.”

Ini adalah selaras dengan cita-cita global Volvo Cars – sumbangan 50% daripada barisan elektrik penuh menjelang 2025; sebuah syarikat kereta elektrik sepenuhnya menjelang 2030; dan menjadi syarikat neutral iklim menjelang 2040.

XC40 Recharge Pure Electric boleh didapati dalam lima pilihan warna – Black Stone, Crystal White Pearl, Denim Blue, Glacier Silver dan Sage Green. Pelanggan yang membuat pesanan mereka secara dalam talian dijangka akan mula menerima kenderaan mereka mulai penghujung April 2022, untuk semua lokasi di seluruh Malaysia.

Previous post

Negara Rugi Setiap Kali Warga Singapura Beli Petrol RON95

Next post

Jualan Suku Pertama 2022 Perodua Naik 6.4%

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *