Bisnes

UMW Toyota Motor Catat Prestasi Positif Bagi Suku Pertama 2022

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan pertumbuhan positif dengan jualan sebanyak 8,487 unit pada Mac 2022, menjadikan jualan terkumpul sebanyak 22,447 unit untuk suku pertama tahun ini.

Untuk jualan bulan ke bulan, jualan Lexus meningkat dari 66 unit pada Februari kepada 101 unit pada Mac, manakala Toyota pula merekodkan jualan sebanyak 8,386 unit pada Mac, naik 32% berbanding 6,366 unit yang dicatatkan pada Februari.

Menurut UMW Toyota Motor, prestasi jualan positif pada bulan Mac disumbangkan oleh promosi yang menawarkan nilai tambahan bernilai RM4,000 untuk Vios dan Yaris. Syarikat itu menjangkakan jualan akan terus meningkat menerusi pelancaran produk baharu dalam masa terdekat.

Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor berkata syarikat itu sentiasa menilai dan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa dan ketidak tentuan.

Toyota, Bilik Pameran

“Toyota dikenali dengan kecekapan dalam pengurusan rantaian bekalan dan langkah pengurangan risiko. Dengan memanfaatkan pengalaman ini, kami bekerja rapat dengan pembekal kami dan memantau perkembangan semasa bagi memastikan impak minimum terhadap pengeluaran dan pelanggan kami,” kata beliau.

Tambah Ravindran lagi, ketika Malaysia beralih ke fasa endemik, pihaknya menghargai sokongan daripada pelanggan terutamanya sepanjang tempoh tidak menentu ini.

‘Bersama Lebih Bermakna’

Bersempena dengan sambutan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi, UMW Toyota Motor melancarkan peraduan Pandu Uji dan Menang Duit Raya dari sekarang hingga 1 Mei 2022.

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi mana-mana bilik pameran Toyota untuk memandu uji model Toyota untuk berpeluang mendapat duit raya. Setiap sesi pandu uji dikira sebagai satu penyertaan untuk memenangi duit raya bernilai RM100, manakala setiap tempahan yang berjaya berpeluang untuk menerima RM200. Sejumlah 30 pemenang akan dipilih setiap minggu.

Syarikat itu juga akan meneruskan sambutan bertemakan ‘Bersama Lebih Bermakna’ mereka pada 16 dan 17 April ini di semua bilik pameran Toyota di seluruh negara. Pelanggan boleh menikmati pelbagai penjimatan dan tawaran nilai tambahan, serta membawa pulang hadiah eksklusif apabila memandu uji mana-mana model Toyota.

Previous post

Great Wall Motors China Disahkan Akan Dibuka Di Malaysia

Next post

Mazda CX-60 SUV Membuat Penampilannya Menyaingi BMW X3 PHEV

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *