Promosi / Tawaran / Peraduan

Nak Beli Kereta Raya? Nissan Ada Stok Dan Promosi

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan kempen kempen promosi ‘Raya Datang Awal’ yang menawarkan penjimatan hebat dengan pengecualian SST kepada pelanggan yang membeli kereta Nissan baharu sebelum 30 Jun 2022

Menurut syarikat itu, mereka telah melakukan perancangan lebih awal kerana menjangkakan permintaan yang lebih tinggi semasa musim perayaan. Ini juga bagi mengelakkan pelanggan menunggu lama untuk mendapatkan kereta mereka.

Nissan Almera Turbo

Bagi menjadikan kempen ini lebih menarik, ETCM turut menawarkan pakej aksesori percuma bernilai sehingga RM10,150 untuk model-model terpilih.

Sepanjang bulan April dan Mei, ETCM akan mengadakan peraduan di mana pelanggan berpeluang memenangi e-baucar Lazada bernilai RM5,000 setiap seorang.

Bukan itu sahaja, mereka yang memandu uji Almera Turbo di bilik pameran Nissan pula akan menerima baucar Watsons bernilai RM30 sebagai tanda penghargaan.

Setiap kenderaan Nissan didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan, kecuali Navara yang mana tempoh jaminannya terhad kepada lima tahun.

Perkhidmatan selepas jualan disediakan oeh Tan Chong Expres Auto Servis (TCEAS) yang mempunyai rangkaian pusat servis di seluruh negara. Pelanggan boleh membuat tempahan janji temu secara dalam talian menerusi aplikasi DriveOn yang diboleh muat turun dari Apple App Store dan Google Play Store.

Previous post

Proton X90 Kemungkinan Besar Geely Hao Yue

Next post

Honda Dash 125 Kini Patuh Piawaian Emisi Euro 4

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *