Motosikal / Lain Lain Roda

Moto Morini X-Cape 650 Dilancarkan Di Malaysia

MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., selaku pengedar rasmi motosikal Moto Morini di Malaysia, secara rasminya melancarkan Moto Morini X-Cape 650 dan 650 X sekaligus menandakan kemasukan jenama Itali itu ke pasaran tempatan.

Menurut syarikat itu, kedua-dua X-Cape 650 dan 650 X boleh didapati dalam tiga warna iaitu Dolomites Red, Monte Blanco White dan Carrara Grey. Harga bermula dari RM39,999 untuk versi asas dan RM43,999 untuk versi X.

Moto Morini X-Cape 650

Kuasa untuk kedua-dua versi dibekalkan oleh enjin sejukan cecair 649 cc, dua silinder sebaris yang menghasilkan 65 hp pada 8,500 rpm dan 56 Nm pada 7,000 rpm, yang disalurkan ke roda menerusi transmisi enam kelajuan. Enjin tersebut juga dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api Bosch.

Untuk casis, X-Cape 650 dan 650 X dilengkapi dengan fork Marzocchi dan penyerap hentak KYB boleh laras. Huruf ‘X’ menunjukkan yang 650 X dibangunkan untuk tunggangan off-road dan oleh itu, versi ini didatangkan standard dengan rim jenis jejari, pelindung tangan, pelindung enjin aluminium dan juga crash bar.

Bukan itu sahaja, kedudukan tempat duduk 650 X juga lebih tinggi iaitu 835 mm berbanding 820 mm pada 650. Kedua-duanya dilengkapi dengan tangki bahan api berkapasiti 18 liter.

Moto Morini X-Cape 650

Ciri-ciri lain yang terdapat pada model ini termasuk lampu LED, paparan TFT tujuh inci berdefinisi tinggi, sambungan Bluetooth dan dua port pengecas USB. Sistem brek pula terdiri daripada ABS Bosch, serta cakera berkembar berukuran 298 mm dengan angkup empat piston Brembo di depan, dan cakera tunggal 255 mm dengan angkup dua piston di belakang.

MForce berkata X-Cape 650 dan 650 X akan tersedia menerusi rangkaian pengedar rasminya di seluruh Malaysia menjelang pertengahan bulan Mei. Model ini didatangkan dengan jaminan pengeluar untuk dua tahun atau 20,000 km.

Previous post

Perdana Menteri Umum Tol Percuma, Diskaun Sempena Aidilfitri

Next post

Pandu Uji: Toyota Harrier Generasi Ke-4 (RM249,706)

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *