Sukan

MINI JCW Bakal Sertai Perlumbaan 24 Jam Nürburgring

Setelah 10 tahun ‘berehat’, MINI John Cooper Works bakal membuat kemunculan semula di perlumbaan 24 Jam Nürburgring. Pasukan persendirian, Bulldog Racing yang berpengkalan di Eifel berdekatan Nordschleife, akan bertanding dalam kelas SP3T dengan sebuah John Cooper Works yang dibina khusus untuk perlumbaan endurance tahunan berprestij itu.

MINI John Cooper Works Bulldog Racing

Terletak di bawah bonet jentera lumba ini merupakan enjin turbo 2.0-liter yang turut digunakan oleh John Cooper Works Clubman dan John Cooper Works Countryman dengan kuasa berjumlah 306 hp (225 kW) dan 450 Nm. Ia kini dipadankan dengan sistem ekzos sport yang mempunyai sistem penukar bermangkin perlumbaan.

Kuasa disalurkan ke roda menerusi kotak gear Steptronic lapan kelajuan yang diambil daripada model siri pengeluaran. Ia menampilkan kunci differential mekanikal dengan efek penguncian sehingga 70% bagi memastikan tork dapat disalurkan ke roda dengan lebih berkesan.

Untuk memantapkan lagi casisnya, Bulldog Racing memasang sistem suspensi perlumbaan dengan redaman lantunan dan mampatan boleh laras, selain menggunakan gegalas Uniball yang diperkuatkan. Pasukan itu turut menggunakan komponen brek BMW M Performance dan unit pengangkat pneumatic untuk membolehkan tayar ditukar dengan cepat.

Sudah tentu, ruang dalaman dikosongkan dengan hampir semua kelengkapan dikeluarkan bagi memberi ruang kepada sangkar keselamatan dan tempat duduk OMP. Cermin-cermin kaca yang asal telah dikeluarkan dan digantikan dengan tingkap Makrolon untuk mengurangkan berat, manakala kapasiti tangki bahan api dipertingkatkan kepada 100 liter.

Dari luaran, John Cooper Works tampak berbeza dengan versi jalanan dengan kit badan aerodinamik yang merangkumi spoiler gergasi boleh laras, bahagian bawah yang tertutup sepenuhnya, diffuser belakang dan splitter depan yang menonjol.

Perlumbaan endurance edisi ke-50 ini akan berlangsung dari 26 hingga 29 Mei namun sebelum itu, John Cooper Works Bulldog Racing ini akan menjalani ujian lanjut di bahagian Nordschleife di litar Nürburgring dan juga di pusat ujian BMW Group yang terletak di Miramas, selatan Perancis.

MINI John Cooper Works Bulldog Racing
Previous post

Lexus NX 2022 Boleh Mula Ditempah - Harga Dari RM370,888

Next post

3 Jenis Kenderaan Mikromobiliti Diharamkan Di Jalan Raya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *