Kemalangan / Rosak / Recall

Kes Korban Basikal Lajak – Masih Ramai Yang Berdebat. Siapa Yang Salah?

Permainan basikal lajak memang mengundang bahaya dan boleh membawa maut seperti yang hangat diperbincangkan sekarang.

Pada 13 Mac 2022, Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas Sam Ke Ting, 27, kerana memandu secara melulu yang menyebabkan kematian lapan remaja yang menaiki basikal lajak.

Susulan itu, peguam yang mewakili Sam Ke Ting, sudah pun memfailkan permohonan kepada Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga turut memfailkan sijil segera bagi mempercepatkan pendengaran rayuan kes itu.

“Notis usul kebenaran merayu dan sijil perakuan segera sudah difailkan hari ini melalui sistem e-filing,” menurut beliau.

Semalam, Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan Sam daripada kesalahan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.

Sam, 27, turut diperintah menjalani tambahan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.

Ia diputuskan Hakim Datuk Abu Bakar Katar ketika keputusan rayuan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi.

Abu Bakar dalam keputusannya berkata, perbuatan responden yang memandu cara melulu atau merbahaya menyebabkan kehilangan lapan nyawa malah kesalahan yang dilakukan responden adalah kesalahan berat.

Dalam tragedi yang berlaku di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi 18 Februari 2017, lapan remaja menaiki basikal lajak terkorban dengan empat parah manakala empat lagi turut tercedera dirempuh kereta suspek.

Remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Ini telah mencetuskan debat yang hangat dikalangan netizen tentang hukuman yang dijatuhkan. Ramai yang bersetuju dengan hukuman yang diberi dan ramai yang mahukan Sam Ke Ting dibebaskan.

Juri mahkamah umum berbelah bagi. Ada yang kata Sam Ke Ting bersalah dan ada yang kata mereka yang terkorban berbasikal lajak itu yang salah.

Apa Itu Basikal Lajak

Susulan daripada perbualan hangat ini, banyak cerita lama timbul kembali termasuk bahan kempen Basikal Lajak yang dianjurkan pada Februari 2020 timbul kembali.

Basikal lajak merupakan basikal yang telah diubahsuai untuk meningkatkan tahap kelajuannya. Namun, pengubahsuaian yang dibuat tanpa mengikut spesifikasi yang dibenarkan boleh mengundang bahaya dan mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Dalam hal ini, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dengan mengawasi setiap gerak-geri dan aktiviti anak masing-masing.

Berikut adalah infografik yang disediakan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) tentang risiko penggunaan basikal lajak dan hukuman yang boleh dikenakan kepada ibu bapa sekiranya anak mereka terlibat dalam aktiviti basikal lajak.

Sumber: Jabatan Keselamatan Jalan Raya/PDRM
#PolisDirajaMalaysia#RoyalMalaysiaPolice#PDRM#RMP#InfoPDRM#JomBeringat

Previous post

Anda Sudah Bosan Dengan Rupa Asal Ford Ranger Anda?

Next post

Nikmati Penjimatan Sehingga 20 Peratus Dengan Promosi Selepas Jualan Raya Ford

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *