Undang - Undang

JPJ Pelawa Orang Awam Jadi ‘Mata-Mata’ Ketika Musim Raya

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi semua peraturan yang ditetapkan ketika pulang ke kampung pada musim perayaan ini. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan mereka dikenakan kompaun termasuk tindakan mahkamah.

Ini susulan peningkatan maklumat yang disalurkan orang awam berhubung sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan peraturan.

Sehubungan dengan itu, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli meminta orang awam untuk menjadi ‘mata-mata’ JPJ bersempena Ops Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan dari 29 April hingga 8 Mei depan.

JPJ, motosikal

Beliau berkata, orang awam yang mengesan perbuatan pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang boleh menyalurkan maklumat menerusi aplikasi e-Aduan@JPJ yang boleh dimuat turun melalui Play Store.

“Selain 2,200 penguat kuasa yang melakukan pemantaun di lapangan, maklumat daripada e-Aduan itu turut akan membantu kami mengesan pengguna jalan raya yang sengaja melanggar peraturan yang ditetapkan,” katanya kepada Sinar Harian.

“Jadi kami menyeru orang awam untuk merakam gambar atau video ketika kejadian bersama maklumat ringkas agar tindakan boleh diambil terhadap pengguna tersebut,” tambah Aedy Fadly lagi.

Menurut beliau, tindakan akan diambil dalam tempoh 48 hingga 72 jam terhadap pengguna jalan raya yang terlibat.

Previous post

Kini Anda Boleh Tambah Nilai Kad TNG Dengan Telefon Pintar

Next post

Adakah Dakwaan Reseller Tesla Ini Dapat Mengaturkan Tuntutan Waranti Pelanggannya Benar?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *