Khidmat Masyarakat

Jangan Keluarkan RM10k Daripada KWSP Untuk Membeli Kereta

Keluarkan wang RM10k anda dari KWSP ini HANYA jika anda betul-betul MEMERLUKANNYA sahaja. Tolonglah!

Ramai yang akan tergesa-gesa mengeluarkan RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka mulai hari ini kerana kerajaan telah memberikan kelulusan di bawah ‘Kemudahan Pengeluaran Khas’ yang boleh dilakukan melalui laman web KWSP di alamat www.pengeluarankhas.kwsp.gov.my yang akan aktif melalui i-Akaun mulai hari ini 1 April 2022.

Ini bukan lawak April Fool kerana ini adalah wang yang sangat diperlukan oleh sebilangan rakyat Malaysia yang telah terjejas kerana banjir kilat baru-baru ini di mana rumah dan harta benda mereka telah hilang dan kemudian terdapat ramai lagi yang kereta mereka telah tenggelam dilanda banjir kilat dan tidak mempunyai perlindungan insurans ‘peril khas’ untuk membiayai kos pembaikan.

Mereka inilah yang sepatutnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk membantu pemulihan mereka. Sementara itu, kami pasti akan ada ramai yang mempunyai pekerjaan, rumah dan kereta yang semuanya 100 peratus ok, tetapi masih mahu mengeluarkan ‘duit persaraan’ mereka untuk berbelanja untuk gajet, telefon pintar dan juga deposit kereta baharu.

Mereka inilah rakyat Malaysia yang pada masa hadapan akan tinggal tanpa wang persaraan dan terpaksa hidup di pinggiran nanti.

Kami berharap RM10,000 ini akan digunakan dengan bijak oleh anda dan tidak menjadi malapetaka April Fool untuk anda renong suatu masa nanti.

Jangan lupa juga bahawa pengeluaran khas KWSP ini dibenarkan untuk membantu anda terus bergerak ke hadapan dan bukan untuk baik pulih kereta lama atau klasik yang anda impikan atau menaik taraf kereta semasa anda dengan tempat duduk mewah atau roda aloi lebar. Ini TIDAK akan memastikan hidup anda bertambah baik hari ini tetapi hanya akan menggembirakan sesetengah pemilik kedai aksesori kereta atau pemilik bengkel sahaja.

KWSP for classic car repair

Apabila anda pencen, tempat duduk mewah dan roda aloi berkilat anda akan menjadi usang dan mungkin bernilai 20 peratus daripada nilainya malah mungkin tiada nilai langsung dan bagaimanakah akan anda membayar makanan dan internet nanti?

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10K (Semakan April 2022)

Syarat Pengeluaran Khas KWSP

  • Warganegara Malaysia berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai baki akaun di dalam akaun 1 dan akaun 2 KWSP.
  • Pengeluaran akan didahulukan melalui akaun 2 KWSP , kemudian barulah akaun 1.
Previous post

Bank Muamalat Tawar Skim Pembiayaan Berperingkat Untuk Kereta Proton, Mitsubishi

Next post

Toyota GR Corolla Hadir Dengan 300 hp, Pacuan AWD Dan Transmisi Manual

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *