Bisnes

Isuzu D-Max – 1,233 Unit Berjaya Dijual Pada Bulan Mac 2022

Isuzu Malaysia mengumumkan bahawa Isuzu D-Max generasi ketiga berjaya mencatatkan rekod jualan bagi pasaran tempatan pada Mac 2022, pencapaian tertinggi sejak syarikat itu mula beroperasi pada 2005.

Menurut Isuzu Malaysia, angka rasmi menunjukkan pendaftaran sebanyak 1,233 unit D-Max sepanjang bulan lalu, mengatasi rekod sebelum ini iaitu 885 unit yang dicatatkan pada Disember 2014 berikutan pengenalan varian 3.0-liter V-Cross.

Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo berkata peningkatan penyerahan daripada kilang membolehkan syarikat itu memendekkan tempoh menunggu pelanggan.

Isuzu D-Max

“Sebagai sebuah jenama yang mengutamakan pelanggan, keutamaan kami adalah untuk meningkatkan bekalan bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah terhadap trak pikap yang popular dan versatil ini,” kata Sogo.

“Saya berterima kasih kepada pelanggan yang sabar menunggu ketibaan Isuzu D-Max baharu mereka. Kami akan terus meningkatkan bekalan pada bulan-bulan mendatang untuk mengurangkan lagi tempoh menunggu,” tambah beliau.

Varian yang paling banyak diserahkan pada Mac lalu merupakan varian 1.9 Premium Auto dengan hampir 350 unit diserahkan kepada pelanggan. Sementara itu, penyerahan varian flagship X-Terrain turut meningkat kepada 163 unit walaupun berdepan isu kekurangan bekalan.

Bakal Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe menggariskan keperluan untuk mengutamakan kepuasaan pelanggan menerusi usaha jualan dan selepas jualan yang akan diperbaik lagi. Okazoe yang merupakan pemegang ijazah undang-undang daripada Universiti Kyushu telah terlibat dalam perniagaan Isuzu sejak 26 tahun lalu.

Pernah berkhidmat di Jepun, Amerika Syarikat, India dan Thailand, beliau telah menyandang beberapa jawatan dalam bidang korporat dan perancangan jualan. Menurut Okazoe, fokusnya ketika di Malaysia adalah untuk memperkukuhkan lagi rangkaian Isuzu dan memberikan lebih kepuasan kepada pelanggan.

Previous post

Lamborghini Huracan Tecnica Senjata Litar Dan Jalan Raya

Next post

MITI Menjelaskan Garis Panduan Mengimport Kenderaan Elektrik Baharu dan Terpakai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *