Cerita Auto

Honda Civic Type R Akan Datang Lebih Laju Di Litar Suzuka Berbanding Yang Semasa

Honda Civic Type R 2023 nampak gayanya sedia menjadi jentera yang cukup padat dengan prestasi.

Hampir dua tahun berlalu sejak Honda Civic Type R Edisi Terhad mencatatkan rekod pusingan pacuan roda hadapan di sekitar Litar Suzuka selama 2 minit dan 23.993 saat. Versi ini dikurangkan beratnya sebanyak 47kg dan komponen stereng dan penggantungan ditingkatkan.

Minggu ini, Civic Type R generasi seterusnya berjaya memecahkan rekod pusingan itu dengan masa hanya 2 minit dan 23.120 saat! Dan ini bukan versi kereta yang ringan.

Civic Type R yang akan datang adalah berasaskan Honda Civic Hatchback generasi ke-11. Ia akan diperkenalkan pada S3 2022. Walaupun butirannya belum disahkan, ia berkemungkinan besar akan menampilkan enjin 4-silinder pengecas turbo 2 liter dan kotak gear manual 6-kelajuan yang menghantar kuasa ke roda hadapan.

Tentang Suzuka International Racing Course

Suzuka International Racing Course biasanya dikenali sebagai Suzuka Circuit. Ia adalah trek perlumbaan sukan permotoran sepanjang 5.807 km yang terletak di Ino, Suzuka City, Mie Prefecture. Litar ini dikendalikan oleh Mobilityland Corportation, yang merupakan anak syarikat Honda Motor Co, Ltd.

MEDIA RELEASE

Honda Motor Co., Ltd. today announced that the all-new Honda Civic Type R has set a new lap time record for a front-wheel drive car at the Suzuka Circuit (Suzuka International Racing Course) during testing conducted for the model’s final performance evaluation. The final development car prior to the production model lapped the circuit in 2 minutes 23.120 seconds.

Breaking the previous lap record set by the 2021 Honda Civic Type R Limited Edition, which featured the ultimate level of lightweight and special equipment for the pursuit of the ultimate sports performance, indicates further improvement was made in the circuit performance offered by the all-new Civic Type R.

The all-new Civic Type R is scheduled to make its debut in Summer 2022.

Previous post

AHTV Di Tg Malim Bantu Pacu Industri Automotif Negara

Next post

Mengapa Beberapa Jurujual Kereta Baharu Tidak Melayan Pelanggan?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.